Baru-baru ini kecoh tentang Duckscarves yang katanya kalah harga Yahudi. Sehelai tudung sahaja bernilai RM 1000. Ramai yang berang kata netizen harga yang dikeluarkan makin lama makin tidak masuk akal.
Makin pelik lagi katanya, walaupun sambutan keluaran tudung jenama ini sangat mengalakkan tetapi dikhabarkan hampir setiap tahun perniagaan ini diisytihar sebagai rugi? Kata Vivy, dia cuba untuk fokus kepada kedai fizikal dan memperbanyakkan cawangan di Malaysia. Namun dalam masa sama tetap dijual secara atas talian, selain cuba meningkatkan keuntungan dengan tidak fokus pada tudung sahaja. Kata netizen, pengasasnya didakwa sering menggunakan duit perniagaan untuk kegunaan sendiri. Memang susah nak untung kalau begitu dan dengan cara itu juga kata mereka , golongan-golongan ahli perniagaan ini larikan diri dari membayar cukai. Dari segi pasaran sebenarnya produk yang dikeluarkan Vivy ini bukan untuk rakyat biasa dan lebih kepada yang berkemampuan. Jadi siapa yang hidup 'kais pagi makan pagi' semoga pandai dan bijak berbelanja bila membeli satu barang. Tentang status untung atau rugi, tidak pula diketahui sejauh mana kebenarannya. -CARI
|
13
Bagus |
14
Marah |
10
Terkejut |
8
Sedih |
15
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
snazzydaisy replied at 7-5-2018 03:39 PM
yg Tinvy nye make-up line tu tak menjana keuntungan ke?
ia2 jer dulu, hype kemain
ADVERTISEMENT