Di Malaysia, masyarakat semakin menitikberatkan tentang kecantikan diri. Disebabkan itu, bersepahlah pelbagai ubatan dan medispa yang menyediakan kaedah rawatan untuk memutihkan diri.
Sesetengahnya memang mendapat kelulusan dari KKM tapi yang lainnya beroperasi secara haram. Sebelum ini salah satu caranya terkenal untuk memutihkan kulit ialah dengan kaedah suntikan vitamin C, ada yang katanya berkesan dan sebaliknya. Terbaru tular pula kaedah 'salin kulit', dengan melihat gambar sahaja terasa pedih. Bagaimana ada yang sanggup melakukannya? Penjelasan dari seorang pengguna Twitter, katanya kaedah itu hanya boleh dibuat doktor yang bertauliah sahaja dan mengikut kondisi kulit seorang pesakit. Kebanyakannya berpendapat peniaga yang menyediakan perkhidmatan 'salin kulit' yang tidak diiktiraf tersebut hanya ingin mengaut keuntungan dan tidak memikirkan bahaya pada kulit dan kesannya di masa akan datang. Tolonglah fikir dengan bijak. Sayangi diri anda, kalau cantik menderita pelbagai penyakit pun tak guna juga kan? -CARI
|
7
Bagus |
21
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
3
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT