Kopi antara pilihan minuman masyarakat di negara kita bahkan seluruh dunia. Berbagai-bagai jenis kopi yang terdapat di pasaran tentunya. Ada serbuk kopi yang asli dan ada juga kopi pra campuran yang mengandungi gula dan susu serta dijual di dalam paket-paket kecil. Kopi pra campuran ini memudahkan kita untuk menikmati minuman kegemaran kita.
Dalam banyak-banyak jenis kopi di dunia ini, terdapat satu kopi yang harganya adalah antara yang termahal tetapi tetap menjadi pilihanramai. Masyarakat Jawa memanggilnya kopi Luwak. Ada juga yang memanggilnya kopi tahi. Kopi luwak atau kopi tahi musang ini diperbuat daripada biji buah kopi yang dimakan oleh musang dan kemudiannya haiwan itu akan mengeluarkan biji kopi itu dalam bentuk najis. Oleh kerana biji kopi tidak dapat dicerna di dalam sistem pencernaan musang, maka ia akan keluar sebagai sebiji kopi yang asal bersama najis itu. Kopi tahi ini menjadi pilihan ramai walaupun ianya agak mahal kerana rasanya yang sedap dan tersendiri. Dipercayai, musang akan memilih biji-biji kopi yang terbaik sahaja untuk dimakan. Dan apabila haiwan ini mengeluarkan semula biji-biji kopi ini sebagai najis, sudah pasti biji kopi yang terbaik ini digunakan untuk membuat minuman kopi. Selain kemampuan musang yang mampu memilih biji-biji kopi yang berkualiti, ketika biji kopi ini berada didalam saluran pencernaan haiwan ini, biji kopi akan menyerap beberapa nutrient dan enzim dalam salur pencernaan musang. Terdapat juga fermentasi yang berlaku pada biji kopi sehingga menciptakan rasa kopi yang sangat lembut seperti coklat dan tanpa rasa pahit. Kopi Tahi Musang Halal Atau Haram? Oleh kerana kopi ini terhasil daripada najis seekor musang, sesetengah masyarakat berpendapat kopi musang ini haram dan tidak boleh diminum. Memetik dari laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, menurutnya: Setelah melihat dan menekuni pandangan ulama tentang hukum kopi luwak, kami lebih cenderung berpandangan kopi tersebut pada asalnya dikira sebagai kategori “mutannajis” (terkena najis) tetapi selepas dibasuh dan diproses maka hilanglah kenajisannya. Justeru, hukumnya adalah HARUS. Begitu juga keputusan kebanyakan para ulama Indonesia yang mengharuskannya dan mereka lebih mengetahui dan maklum hal yang sebenarnya dalam isu ini. Sehubungan itu, kami juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk menasihati umat Islam agar sentiasa berhati-hati dalam pengambilan apa jua makanan dan juga minuman agar ia benar-benar bertepatan dengan prinsip halalan tayyiban agar segala daging yang tumbuh pada tubuh badan kita berpunca daripada sumber yang baik seterusnya menjauhkan kita neraka Allah SWT. Oleh itu, tanyalah kepada yang mengetahui agar kita tidak terjerumus ke lembah syubhah. Apa kata anda? - CARI Kredit: Mufti Wilayah Persekutuan |
9
Bagus |
12
Marah |
2
Terkejut |
4
Sedih |
12
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dubuk replied at 30-4-2018 12:58 PM
suhaimi saad sakit hari tu keluar gitu ke
Artemesiaa: Buah kopi ni kalau betul masak agak manis rasanya. Mungkin disebabkan itu banyak haiwam suka makan. Tapi dalam hal ni walaupun dah diprocess masih t ...
ADVERTISEMENT