CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini Dia Resipi Telur Dadar Tiram - Resipi Turun Temurun Nenek Abang Brian

8-5-2018 11:22 AM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 7427| Komen: 9|Original author: Oleh: Faizal

Description: Telur goreng adalah antara menu ringkas yang menjadi pilihan tatkala perut kelaparan tetapi malas nak masak. Pelbagai versi telur goreng kita boleh buat sekarang ni. Telur goreng mata lembu, telur gor ...
Telur goreng adalah antara menu ringkas yang menjadi pilihan tatkala perut kelaparan tetapi malas nak masak. Pelbagai versi telur goreng kita boleh buat sekarang ni. Telur goreng mata lembu, telur goreng kicap dan macam-macam lagi mengikut citarasa masing-masing.


Antara yang popular ialah telur dadar. Nak tahu cara masak telur dadar yang paling sedap dan gebu? Jom ikuti resipi telur dadar hasil perkongsian dari Master Chef Brian ni. Dengarnya resipi ini merupakan resipi turun temurun dari neneknya. 

Jom kita cuba. Sedap ke tak ya?!

Resipi Telur Dadar Tiram


Bahan-bahan


200g tiram segar, dibersihkan
5 biji telur
1 batang daun bawang, dihiris
1 cili merah, dipotong dadu kecil
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu kecil gula
Secubit garam dan lada sulah
2 sudu besar minyak

Cara membuatnya:

1) Panaskan minyak dalam kuali. Sambil tu pukulkan telur bersama sos ikan, gula, garam dan lada sulah
2) Tuangkan masuk dalam kuali campuran telur. Kacaukan sehingga sedikit masak tapi masih cair.
3) Taburkan tiram, daun bawang dan cili. Masak sehingga cukup kental untuk dibalikkan.
4) Masakkan 1 minit setelah dibalikkan dan siap utk dihidangkan. 



Bonus Tips

- Jika anda tidak mahu telur anda melekat di kuali, gunakan kuali anti lekat dan biarkan minyak betul-betul panas sebelum memasak.
- Jangan masak terlalu lama setelah dibalikkan supaya tiram tu tak terlalu masak.. Jadi seperti getah pula nanti.
- Boleh juga gantikan tiram dengan udang kalau tak jumpa tiram atau isi ayam yang telah dicelur kalau alah seafood

Selamat mencuba! - CARI
17

Bagus
4

Marah
21

Terkejut
16

Sedih
14

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote besarkecik 8-5-2018 01:10 PM
Ohhh begitu...
Quote prettyuglybabe 8-5-2018 01:17 PM
takat telur dadar gini tak yah turun temurun pun semua reti
Quote anno_miss 8-5-2018 02:18 PM
Sedapnye chef brian nye resepi.
Quote grizz 8-5-2018 02:30 PM
tlg wtkn..iolls bab2 masak malas..bab mkn no.1..
Quote dekmieDandy 8-5-2018 02:36 PM
pakai yg dalam tin sedap dak?

mcm mahal je yg segar
Quote chinta89 8-5-2018 02:48 PM
ape yg turun temurunnya?

skg ni org goreng  telur mmg buh mcm2. udang, sotong, ayam, kerang, tiram, mayonis, lala, isi ikan, isi ayam rangup kfc dan etc.



xde yg special pun resipi ni.

Quote UsuFie 8-5-2018 03:53 PM

paling usu suka telur dadar letak kacang panjang potong kecil2....sedapppnyaaa...
Quote saviour_09 8-5-2018 04:17 PM
lol!
turun temurun sgt
Quote alesandra 8-5-2018 05:13 PM
daun bawang nya kelihatan tidak segar.tak selera aku tgk

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.099539 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top