Sama ada anda ingin tidur nyenyak, atau bangun dalam keadaan segar esoknya, inilah antara makanan yang akan membantu anda mendapat tidur paling berkualiti.
Wanita yang mendapat 33 peratus lebih waktu tidur mempunyai peluang lebih untuk mencapai berat ideal, seperti yang dilaporkan dalam jurnal Obesity. Jom tengok apakah makanan itu. 1. Kiwi Buah ini adalah snek paling sempurna. Kajian Taipei Medical University di Taiwan menunjukkan, apabila makan dua biji kiwi sejam sebelum tidur, mereka tidur lebih sejam.
Kiwi kaya dengan vitamin C and E, serotonin dan folat yang membantu anda tidur lena. 2. Kacang Soya Makanan ini mengandungi tryptophan yang berguna untuk penghasilan melatonin dan berkesan untuk menenangkan badan dan minda bagi mendapatkan tidur nyenyak. 3. Bijirin Mengambil lebih serat menjamin tidur lena. Ia dikaitkan dengan gelombang tidur 'restorative' iaitu lebih banyak makan, lebih lena tidur seperti tertulis dalam kajian terbitan Journal of Clinical Sleep Medicine. Serat menghalang peningkatan gula dalam darah yang merendahkan melatonin. Makanan tinggi serat adalah kekacang, artikok, bijirin bran dan quinoa. 4. Ikan Kebanyakan ikan terutama salmon, halibut dan tuna kaya vitamin B6 yang diperlukan untuk membuat melatonin (hormon penyebab tidur yang terhasil kerana keadaan gelap), menurut artikel Annals of the New York Academy of Sciences. 5. Jus Ceri Masam Jus ceri yang tinggi melatonin mampu mendapatkan tidur lena. Apabila anda tak boleh tidur, minumlah secawan jus ceri dua kali sehari dan insomnia kronik akan beransur hilang. 6. Dadih Produk tenusu seperti dadih dan susu meningkatkan kalsium. Mengikut kajian, kekurangan kalsium menyebabkan seseorang sukar tidur. 7. Bijirin Bulgur (sejenis gandum), barli dan bijirin lain kaya magnesium. pengambilan terlalu sedikit magnesium menyebabkan kesukaran tidur seperti dilaporkan dalam Journal of Orthomolecular Medicine. 8. Kale Produk tenusu kaya dengan kalsium tapi sayur-sayuran hijau, misalnya kale dan collard (sejenis kubis), juga tinggi kalsium. Jika kalsium kurang, tidur sukar lena. 9.Pisang Ia terkenal kaya dengan potasium dan sumber terbaik Vitamin B6 yang diperlukan untuk menghasilkan melatonin (sila lihat no:4) Bagi yang sukar tidur, jangan lupa ambil makanan sesuai untuk sajian makan malam, ya. Selamat tidur dengan mimpi indah. - CARI |
14
Bagus |
21
Marah |
11
Terkejut |
13
Sedih |
26
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT