CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Genius! Lelaki Ini Buktikan Bapa Juga Boleh 'Menyusukan' Bayi, Nak Cuba?

15-3-2018 04:57 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 3312| Komen: 17|Original author: Oleh: Ain

Description: Harus diakui lelaki sememangnya memiliki kreativiti lebih berbanding wanita. Sebelum ini, seorang bapa menarik perhatian netizen dengan mencetak wajah isterinya dan ditampal pada botol bagi memujuk an ...
Harus diakui lelaki sememangnya memiliki kreativiti lebih berbanding wanita. Sebelum ini, seorang bapa menarik perhatian netizen dengan mencetak wajah isterinya dan ditampal pada botol bagi memujuk anaknya yang tak berhenti merengek mahukan si ibu. 


BACA JUGA: Nak Pujuk Anak Merengek, Lelaki Ini Cetak Wajah Isteri. Memang Menjadi Tapi...

Terbaru, METRO melaporkan ibu bapa dari seluruh dunia telah tertawan dengan penipuan Anthony Favors, 31, menenangkan anaknya, Lily’ahna, 10 bulan ketika isterinya tiada di rumah.




Lebih hebat dari cetakan gambar, lelaki dari Buffalo, New York ini mencari jalan untuk 'menyusukan' sendiri anaknya.

Menurut bapa tiga anak itu, dia dan isteri, Shalanda, 25, sering kebuntuan memikirkan bagaimana untuk memujuk bayi perempuan mereka yang cerewet sekiranya jurusolek itu tiada di rumah untuk menyusukannya.





Difahamkan, Lily’ahna menyusu badan sejak lahir dan akan menangis apabila diberi botol susu.

Cukup usianya lima bulan, Anthony akhirnya sudah tidak tahan lagi dengan kerenah Lily’ahna yang cerewet setiap kali isterinya keluar bekerja.

"Lily’ahna sering menangis apabila disuakan botol susu sambil merengek dan memegang dada saya seolah-olah mahu saya menyusukannya.

"Saya kemudian akan meminta maaf padanya 'Maaf sayang, tiada susu dalam ni',"
katanya.




Dan kaedah difikirkan Anthony ini betul-betul genius!

Cef berkenaan membuat lubang kecil pada bajunya bagi memuatkan puting botol susu Lily’ahna yang mengandungi susu ibunya. Wah, kreatif!


Foto: METRO

Bagaimanapun, Shalanda sangat terkejut apabila mendapati Anthony sanggup menggunting bajunya yang mahal demi mahu menenangkan anak mereka.

"Walaupun dia pelik pada mulanya, Lily’ahna kemudian mula meminum susu itu dan dia sukakannya sampai puas hingga tertidur.

"Saya rasa seperti bapa terbaik di dunia!"
katanya.




Jadi, jika anda memiliki masalah sama bolehlah cuba kaedah dikongsikan cef ini, okey! - CARI
23

Bagus
18

Marah
21

Terkejut
16

Sedih
24

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote delsmomm 15-3-2018 05:13 PM
Ahahaha..comelll..
Quote zulka 15-3-2018 05:17 PM
wow...bleh try ni, tapi dah takde baby la
Quote Rainrein 15-3-2018 05:31 PM
Comelnye.
Quote LautBiru52 15-3-2018 05:41 PM
Hahahahaha. Kelakar tapi comel. Good job daddy
Quote Artemesiaa 15-3-2018 06:06 PM
Sanggup tu apa pun good effort
Quote HoneyManjer 15-3-2018 10:49 PM
Awwwwwwwwhhhhhh {:love
Quote chikumanis 16-3-2018 09:36 AM
creativity beyond expectation...good job papa!
Quote goss79 16-3-2018 10:13 AM
alaaa comel gila... kreatif apaknya.
Quote qistiena 16-3-2018 10:27 AM
good job daddy
Quote ninjago 16-3-2018 10:28 AM
hahahhaha.. alaa apsal baru tahu.. klu tak dah buat kat anak 2 org  tu. i dah taknak ada baby lagi..
Quote cewekbopot 16-3-2018 10:54 AM
hahahahaha
bapa hebat!
Quote che-cikL 16-3-2018 01:37 PM
Gunting baju mahal katanya...

Tapi kan memang ada jual kan alat utk nyusukan baby utk daddy, dulu ada tgk Beckham susukan Harper Seven.
Quote ReginaGeorge 17-3-2018 08:28 AM
Tak ferpikir pon hahahahaha hebat
Quote cik-jaja 21-3-2018 05:55 PM
hebat apaknya! mesti dh down sangat sampai sanggup gunting baju tu
Quote faraway1 21-3-2018 09:37 PM
senangnya baby dia tertipu....
Quote moocoww 22-3-2018 09:22 AM
Kagum dgn ayahnya..
Quote syidasaleh 22-3-2018 06:58 PM
Anaknya nak disusukan dlm pelukan je tu.nyaman eh.hahaha

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.067822 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top