CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perancis Keluar Waran Tangkap Untuk Puteri Arab Saudi

16-3-2018 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8736| Komen: 50

Description: Perancis mengeluarkan waran tangkap terhadap adik perempuan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman kerana disyaki mengarahkan pengawal peribadinya memukul pekerja di pangsapuri puteri itu di Pa ...
Perancis mengeluarkan waran tangkap terhadap adik perempuan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman kerana disyaki mengarahkan pengawal peribadinya memukul pekerja di pangsapuri puteri itu di Paris, kata sumber terdekat kepad AFP pada Khamis.



Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman (kanan)
Foto: The Straits Times

Memetik The Straits Times, waran tangkap berkenaan menamakan Puteri Hassa Binti Salman menggunakan ejaan bahasa Perancis sebagai Hussat ben Salmane, dikeluarkan akhir Disember lalu, kata sumber, mengesahkan laporan majalah Le Point.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di pangsapuri puteri terbabit di Avenue Foch, pada September 2016.


Ketika mengambil gambar di dalam sebuah bilik yang ditugaskan kepadanya, mangsa dituduh mengambil gambar puteri untuk dijual kepada pihak media.

Pekerja terbabit mendakwa puteri itu kemudian mengarahkan pengawal peribadinya untuk memukul mangsa. Dia ditumbuk di muka sementara tangannya diikat dan dipaksa mencium kaki puteri.

Dia hanya dibenarkan meninggalkan pangsapuri berkenaan beberapa jam kemudian tanpa peralatannya yang dikatakan telah 'dirampas' pengawal peribadi tarbabit.

Pengawal peribadi terbabit didakwa pada 1 Oktober 2016 atas tuduhan melakukan keganasan, mencuri dan membuat ugutan bunuh. - CARI
9

Bagus
3

Marah
8

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 16-3-2018 01:24 PM
Bangsa arab mmg mcm tu.. kalau dah nama pekerje mmg treat cam hamba abdi je.. siap cium kaki
Quote Andyscenes 16-3-2018 01:30 PM
Hanaaattttt.. aku suka org snap pic aku, walau tak hensemm.. dia g pukul org tu
Quote tanakkampung1x 16-3-2018 01:32 PM
Bodoh punya Puteri

Tapi yg pekerja tu curi curi ambil gambar nak jual nekapa?

Tak pasal pasal kena cash.
Quote prettyuglybabe 16-3-2018 01:54 PM
arob punya perangai..
dia ingat dia kaya, semua orang jadi hamba..
Quote saviour_09 16-3-2018 02:18 PM
ambooiii anak raja salman perangai tak semenggah
ingat kat arab ke teewwww
Quote krustykrab 16-3-2018 02:20 PM
cantik sgt ke puteri tu
Quote grizz 16-3-2018 02:22 PM
xde ke gambo puteri tu..mahal sgt ke klu dpt juai gambo die..
Quote saladin780 16-3-2018 02:34 PM
cash la jugak kan..amik gambar curi2..utk dijual plak tuh
Quote ninja boy 16-3-2018 02:41 PM
Mmg patut kena pukul, snap picca secara haram utk dijual utg sendiri
Quote jazaa100 16-3-2018 02:47 PM
Minami2013 replied at 16-3-2018 01:24 PM
Bangsa arab mmg mcm tu.. kalau dah nama pekerje mmg treat cam hamba abdi je.. siap cium kaki :sweat3 ...

Mana mana kaum pun sama mina.....

Tu yg video tolak security nepal tu, bangsa mana?...tu lg hauk...bkn putera puteri pun....baru kerja di majlis perbandaran kajang....klu putera raja, mau di suruhnya secutity nepal tu cium bontot dia..
Quote melinda_kerr 16-3-2018 02:49 PM
dalam Negara mungkin berbungkus , kalau kat luar Negara mesti sexy puteri ni.
Quote melinda_kerr 16-3-2018 02:56 PM

byk gambar yg dikatakan foto princess tpi takde satupun sahih..
Quote saladin780 16-3-2018 03:02 PM
Edited by saladin780 at 16-3-2018 03:03 PM
melinda_kerr replied at 16-3-2018 02:49 PM
dalam Negara mungkin berbungkus , kalau kat luar Negara mesti sexy puteri ni.

yg ni kot?

rasanya puteri2 arab ni..kat saudi kah oversea ka mmg x bungkus kepala pon..marhaen je yg kena suh berbungkus

edit: opps silap gambar ni..yg ni princess ameerah
Quote huehue 16-3-2018 03:07 PM
Amboi puteri pun kemain suruh pukul. Ugut light light udahler.
Quote gaara_X 16-3-2018 03:10 PM
ermmmm...entah laa....mentaliti kelas berapa nie???
Quote kroit92 16-3-2018 03:39 PM
haih diorang ni la..

masa kat U dulu pun, bila ada kes pelik2, mesti bangsa diorang ni
sabar je la..
Quote Orix 16-3-2018 03:42 PM
Ereb sanjungan ummah meleis...... tadaaaaaaa......... khadijah ka aishah ka sumayyah ka ada puteri tu kesah nak follow? Ummah meleis jugakkk yg follow takbirrr
Quote melinda_kerr 16-3-2018 04:27 PM
saladin780 replied at 16-3-2018 03:02 PM
yg ni kot?

rasanya puteri2 arab ni..kat saudi kah oversea ka mmg x bungkus kepala pon..marhaen  ...

tulah. tgk kerabat bruneipun mcm tu. kt luar elok je berfree hair. tpi puteri2 arab ni mmg kt oversea sexy2.
Quote L211 16-3-2018 04:28 PM
iolss nk ckp even puteri dr Arab ni bukannya pakai tudung jilbab hijab bagai ok.. haaa klu kt Paris ni, uolss blh tgok deolss pakai kasut Louboutin, beg Hermes, Chanel, jari merah mnyala, rambut blonde coklat, wangian semerbak.. dengan bodyguard 2-3 org jugaklaa.. tp ya Allah berlagak nk mampus. klu shopping kt butik siap minta butik tutup sbb priority hanya utk dia je.. Fuck laa kerabat or org kaya Arab ni.. tp geng meleis kita sama je prangai mcm hanat bila shopping kat butik siap ada duk tengking salesgirl .. iolss penah tgok dpn mata ok siap minta maaf.. sumpah iolss taknak dah teman org meleis perangai puaka kat Paris ni lg dh laa kedekut pahit

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.118411 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top