Sama ada anda ingin tidur nyenyak, atau bangun dalam keadaan segar esoknya, inilah antara makanan yang akan membantu anda mendapat tidur paling berkualiti.
Wanita yang mendapat 33 peratus lebih waktu tidur mempunyai peluang lebih untuk mencapai berat ideal, seperti yang dilaporkan dalam jurnal Obesity.
Jom tengok apakah makanan itu.
1. Kiwi
Buah kiwi dan mangga yang menyelerakan
Buah ini adalah snek paling sempurna. Kajian Taipei Medical University di Taiwan menunjukkan, apabila makan dua biji kiwi sejam sebelum tidur, mereka tidur lebih sejam.
Kiwi, melon, tomato hijau dan hirisan daun pudina yang menyihatkan
Kiwi kaya dengan vitamin C and E, serotonin dan folat yang membantu anda tidur lena.
2. Kacang Soya
Tauhu yang diperap dengan rempah ratus dan digoreng atau panggang
Makanan ini mengandungi tryptophan yang berguna untuk penghasilan melatonin dan berkesan untuk menenangkan badan dan minda bagi mendapatkan tidur nyenyak.
3. Bijirin
Badam, beri biru (atau pisang) dengan semangkuk biji chia bersusu
Mengambil lebih serat menjamin tidur lena. Ia dikaitkan dengan gelombang tidur 'restorative' iaitu lebih banyak makan, lebih lena tidur seperti tertulis dalam kajian terbitan Journal of Clinical Sleep Medicine.
Serat menghalang peningkatan gula dalam darah yang merendahkan melatonin. Makanan tinggi serat adalah kekacang, artikok, bijirin bran dan quinoa.
4. Ikan
Ikan dengan sos masak lemak cili padi pun ok
Kebanyakan ikan terutama salmon, halibut dan tuna kaya vitamin B6 yang diperlukan untuk membuat melatonin (hormon penyebab tidur yang terhasil kerana keadaan gelap), menurut artikel Annals of the New York Academy of Sciences.
|