Susulan video tular yang memaparkan sebuah bas RapidKL naik ke pembahagi jalan dalam cubaan melintas ke jalan lain, pemandu bas terbabit telah diambil tindakan akibat memandu secara berbahaya. Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan di Facebook hari ini berkata pemandu bas terbabit sudah dikenalpasti dan digantung sementara siasatan ke atas kemalangan itu sedang berjalan. Memetik laporan Harian Metro, video yang berdurasi 1 minit 35 saat itu dipercayai dirakam Ahad lalu berhampiran stesen LRT di Puchong. Paparan video jelas kelihatan kenderaan yang lain terpaksa berhenti semasa bas untuk cuba melintas jalan. Pada masa yang sama, bas itu juga kelihatan mengambil 2 laluan jalan sebelum terpaksa mengundur kembali ke pembahagi jalan.
Dalam video berlainan, sebuah kereta di belakang bas itu dirakam berhenti secara tiba-tiba sambil menekan hon. Dua rakaman video itu tersebar luas di beberapa laman Facebook dan ditonton ribuan netizen.-CARI
|
37
Bagus |
55
Marah |
40
Terkejut |
30
Sedih |
29
Lawak |
39
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
EvieWanKenobi replied at 12-9-2017 10:07 AM
bas tu langgar keta brader tu ke?
kucen_miang replied at 12-9-2017 10:26 AM
habis barai bumper dia.
ADVERTISEMENT