CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

CEO RapidKL Tampil Mohon Maaf & Janji Bayar Ganti Rugi

17-8-2018 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5029| Komen: 20

Description: Ketua Pegawai Operasi RapidKL, Shamsul Rizal Mohd. Yusof memohon maaf atas kejadian rempuhan beberapa buah kenderaan melibatkan bas kendaliannya kira-kira pukul 8 malam tadi.
"Kami memohon maaf atas kejadian rempuhan beberapa buah kenderaan melibatkan bas kendaliannya kira-kira pukul 8 malam tadi."

Kredit foto: carian internet


Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pegawai Operasi RapidKL, Shamsul Rizal Mohd. Yusof turut memberi jaminan sebarang tuntutan berhubung kerosakan kenderaan dan sebagainya boleh dituntut dengan menghubungi talian 03-7885 2585.

"Kami dimaklumkan tiada kemalangan jiwa berlaku, pihak kami tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan saya minta supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi."


Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di depoh bas RapidKL awal pagi tadi.

"Berdasarkan standard operasi kami, setiap bas diperiksa supaya dipastikan dalam keadaan baik sebelum beroperasi dan kami turut membuat pemeriksaan air kencing secara rawak dan berkala kepada pemandu." 

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan kami akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan yang dijalankan. " - CARI


19

Bagus
23

Marah
21

Terkejut
25

Sedih
24

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 17-8-2018 11:31 AM
tapi apa masalah driver tu?
Quote kucingitam 17-8-2018 12:19 PM
yg iols baca, dia lari dari kena pukul.
Punca, dia ngelak motor nak keluar simpang, terlanggar gerai burger. abg burger marah, bawak geng nak pukul driver..
Quote mesmerize 17-8-2018 12:28 PM
memang patut rapidkl bertanggungjawap
dah pemandu bas ko eksiden, nak lari .. habis langgar libatkan orang lain yg tak bersalah pula
Quote buapakperut 17-8-2018 12:30 PM
tengok video pun tau yang kejar tu over sangat.. tak tahan carutan. standard budak2 flat buka gerai bege kat bucu jalan watpa
Quote pyropura 17-8-2018 12:30 PM
Ni baru betul2 rapid
Quote ultra78 17-8-2018 12:46 PM
buapakperut replied at 17-8-2018 12:30 PM
tengok video pun tau yang kejar tu over sangat.. tak tahan carutan. standard budak2 flat buka gerai  ...

Aku setiap hari naik bas rapidkl utk ke stesen lrt. Memang benar di sesuatu kawasan tu peniaga dan orang ramai parking sesuka hati hingga block hentian bas. Dah beberapa kali jugalah driver sound peniaga dan orang yg parking merata ni tapi mereka buat tak tahu aje. Yang susah adalah penumpang yg nak naik dan turun bas.
Quote umbut 17-8-2018 01:04 PM
Driver cuak kot, dah terlanggar terus speeed... dikejar umah pprt
Quote buapakperut 17-8-2018 01:08 PM
ultra78 replied at 17-8-2018 04:46 AM
Aku setiap hari naik bas rapidkl utk ke stesen lrt. Memang benar di sesuatu kawasan tu peniaga dan ...

masak sangat dah mentaliti budak flat, tak ubah macam dunia ketiga, gasar yakmat. sape suruh mak tu duduk situ bawak baby, kalau tak bas tu,esok2 orang lain yang langgar.pastu maki2 babi segala konon nak bela mak padahal samseng suka gaduh. mane drebar tu tak takut, dah bawak geng flat (yang tak tau kesah) main nak bunuh orang. harap dua2 pihak dihukum
Quote rogayahtop 17-8-2018 01:17 PM
makcik yg kena langgar tu meninggal ke nork?

Quote santubung 17-8-2018 01:32 PM
mesmerize replied at 17-8-2018 12:28 PM
memang patut rapidkl bertanggungjawap
dah pemandu bas ko eksiden, nak lari .. habis langgar libatka ...

katanya ... dia turun tengok accident. Puncanya mat motor kuar simpang x tengok kiri kanan. Pahtu mamat burger tu bawak budak2 flat. Nak pukul dia. dia panik. naik bas balik dan lari. last2 sebab jalan sesak, dorang dapat tangkap dan belasah dgn kayu. dia pun kena tetak dengan pedang. tu yg masuk ICU.

naik baik tak mati. kalau mati, mamat burger tu ke tali gantung.

mak dan anak mamat burger tu x cedera apa2. Burger pun kena bucu jah.
Quote santubung 17-8-2018 01:32 PM
rogayahtop replied at 17-8-2018 01:17 PM
makcik yg kena langgar tu meninggal ke nork?

sihat walafiat. x cedera langsung sbb bas tu x langgar mak cik tu pun. mak cik tu terkejut sampai anak dia terpelanting
Quote MsKoreanfanatic 17-8-2018 01:37 PM
harap yg kena langgar tu selamat.. yg bersalah patut dihukum.. harap juga pemandu tu cepat sembuh ye~
Quote kiambang 17-8-2018 01:37 PM
Kesian plk kat driver tu .. tak lari kena plk pukul... patutnya duduk je dalam bas call polis ... benda nak jadi kan .. tak tau nak buat apa ...
Quote rogayahtop 17-8-2018 01:43 PM
santubung replied at 17-8-2018 01:32 PM
sihat walafiat. x cedera langsung sbb bas tu x langgar mak cik tu pun. mak cik tu terkejut sampai  ...

syukurlah. kalau tgk bideo tu ingatkan dah arwah.

kuat melantun akak2 jual burger ni pun.  

thanx for the info.
Quote Artemesiaa 17-8-2018 02:12 PM
Bagus ler boss dan bersuara dan nak bayar ganti rugi.  Sian kat kereta2 yang jadi mangsa keadaan dah ler 5 hari je lagi nak raya.  Tak pasal2 nak kena repair kereta.
Quote JohnDeSouza 17-8-2018 07:42 PM
dengarnya driver positip dada
Quote Nham22 17-8-2018 08:48 PM
Pemandu driver bas rapid paling dilema sekali...dpt kat kawasan flat2 yg parkinh sesuka hati mak bapak die...
Quote kedaikain 18-8-2018 01:51 PM
Harap beliau tidak ambil lagi pendatang jadi drebar bas... koh3
Quote AbdurRahim 20-8-2018 04:05 PM
Janji bayar gantirugi? Nak guna cara yang sama  menipukan kita semua?

================================
“Rapid KL (Prasarana) has not compensated 1 cent to victims, deceiving us all,”
https://www.youtube.com/watch?v=uOhtZ3CcVlM&t=17s
https://www.youtube.com/watch?v=nq8F-6Q8A1M

This happened in Wangsa Maju, October 13, 2016.

Prasarana( Rapid KL )’s bus exploded at the roadside and burned 6 innocent cars parked nearby.

Prasarana( Rapid KL), in the newspapers, shamelessly asked the car owners to contact them for compensation.

http://www.therakyatpost.com/news/2016/10/13/parked-cars-damaged-rapidkl-bus-fire-wangsa-maju/

Nobody knows if Prasarana( Rapid KL) was only putting up a show or it’s their public relations trick…

It turned out that Prasarana( Rapid KL) wanted the car owners to submit shit loads of documents, giving the victims a hard time.

Having moved heaven and earth, the car owners finally managed to submit those documents. But upon receiving the documents, Prasarana( Rapid KL) pretended nothing had happened.

A few months had passed, and some owners started to wonder why, and thus made inquiries.

Prasarana( Rapid KL) abjectly  answered with a poker face, saying that they’re still negotiating with their insurance…. or some rhetoric like ”Our insurance will contact you”……

Negotiation? Will contact you?
Insurance company didn’t give a damn.

Insurance company never did contact the victims automatically. You will have to knock on their door first, begging.

It is Prasarana( Rapid KL) that should at least give an official and honest answer to the victims.

If there is no compensation, just say so like a man. Where are their self-respect and sense of responsibility?  Are they shameless to the max?

Prasarana( Rapid KL)  is indeed a great big enterprise, but why their behaviour is like a con artist?

As a matter of fact, up until today as you are reading this, Prasarana( Rapid KL) has not given the car owners an answer.

Not sure if it was because Prasarana (Rapid KL) was so used to be backed by BN government, they could simply do whatever they like, fooling the world, and deceiving us all. (not “connecting us all”, as their slogan reads).

(20 August2018)

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.178325 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top