CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Geli Dengan Lendir Bendi? Kena Suka Juga Sebab...

12-9-2017 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6543| Komen: 16|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Walaupun terkenal sebagai sayur tambahan dalam masakan kari atau pun asam pedas, ramai masih tak tahu khasiat tersembunyi dalam sayur kacang bendi.
Walaupun terkenal sebagai sayur tambahan dalam masakan kari atau pun asam pedas, ramai masih tak tahu khasiat tersembunyi dalam sayur kacang bendi.


Foto: Ayurveda and Yoga

Memetik Merdeka.com, bendi bersifat antioksida yang sangat bermanfaat dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh, sekali gus melindungi tubuh dari radikal bebas serta mencegah sel kanser membiak.

Jom baca manfaat lain sayur bendi ini!


1. Merawat anemia

Pengambilan bendi akan membantu menghasilkan sel darah yang mencukupi selain mencegah serta merawat penyakit anemia.


2. Menghidap asma?

Foto: NetDoctor

Mereka yang memiliki penyakit asma digalakkan mengambil bendi kerana ia mengandungi sejumlah Vitamin C dan zat antioksida yang membantu mengurangkan serangan asma secara aktif.


3. Menguatkan tulang

Kacang bendi mengandungi sumber folat dan serat yang membantu menguatkan tulang serta mencegah osteoporosis.


4. Aras kolesterol tinggi?

Jangan risau. Selain mengambil ubatan ditetapkan doktor, amalkan pengambilan makanan sihat seperti bendi yang kaya dengan serat larut.

Selain menurunkan aras kolesterol, ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung.


5. Melawas

[resize output image]

Kandungan serat dan lendir di dalamnya merupakan pelawas yang baik. Bukan sahaja melancarkan pembuangan air, khasiat bendi juga mengurangkan risiko kanser usus besar.


6. Merawat diabetes

Jika anda menghidap penyakit diabetes, anda disarankan untuk mengambil 6 hingga 8 biji bendi setiap hari kerana sifat bendi mampu menurunkan kadar insulin dalam tubuh.


7. Memelihara kesihatan mata

Foto: Marvel Optics

Bendi kaya dengan beta-karoten, lutein, dan xanthin yang sangat bermanfaat untuk menjaga kesihatan mata.


Mungkin anda kurang menggemari sayur bendi kerana ia mengeluarkan lendir, tapi tak salah ketepikan rasa tak suka itu demi kesihatan tubuh sendiri, bukan? - CARI
38

Bagus
15

Marah
16

Terkejut
11

Sedih
13

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husie91 12-9-2017 12:54 PM
My favorite {:love celur bendi pastu colet dengan sambal belacan fuhh {:shy
Quote DeeHanania 12-9-2017 01:14 PM
My faveret!!!
Quote Rainrein 12-9-2017 01:16 PM
I love love love bendi.  Kalu masak asam pedas or kari tak sah x taruk bendi.  Paling malas pun celur kejap pastu cicah sambal belacan or budu.  Heaven betul makan.
Quote mr_cool5885 12-9-2017 01:37 PM
Dlu aku mcm penah dgr mkn bendi nti air jd byk. So aku pn mkn la bebanyak...hmm
Quote prettyuglybabe 12-9-2017 01:44 PM
sedapnya bendi..
Quote kucingkecik 12-9-2017 02:35 PM
Asam pedas letak bendi..sedapny{:yameteh
Quote CardiGans85 12-9-2017 04:43 PM
Sayur fav{:hooray
Quote cik-jaja 12-9-2017 05:31 PM
mmg sedap, tp xle mkn slalu sbb xleh thn rasa berlendir dye tu
Quote SecretLuv 12-9-2017 11:28 PM
Oh. Rupanya bagus untuk pesakit asma juga ye. Selama ni aku ingat makan bendi boleh menjadikan lagi banyak kahak ke sebab lendir dia tu. Hehe.
Quote Aquarius9283 15-9-2017 12:12 PM
Thanks info
Quote moocoww 15-9-2017 06:29 PM
Bkn penggemar sayur..mulanya bff yg dok pujuk mkn bendi ni..perasaan pertama rasa geli ya hamat sbb berlendir2...tapi sbb sedap sgt asam pedas yg bff masak tu..ai telan je la...lama2 rasa eh sedap pulak..sejak hari tu mmg bendi wajib ada dlm fridge...

Baru hari ni tau khasiat tersembunyi yg ada dlm bendi ni...tq tt utk info
Quote BedahBedul 1-10-2017 03:08 PM
moocoww replied at 15-9-2017 06:29 PM
Bkn penggemar sayur..mulanya bff yg dok pujuk mkn bendi ni..perasaan pertama rasa geli ya hamat sbb  ...

Nanti kalu xnk kasi bendi berlendir byk dlm masakan berkuah mcm asam pedas ke, letak asam keping u.. confirm x berlendir byk
Satu lagi petua dia, basuh bendi sblm dipotong, dh basuh bersih2 baru potong (kalau suka).. letak dlm air lepas tu terus letak asam keping
Quote RedScarf 16-10-2017 04:20 PM
bendi rebus dengan sambal belacan. sedap gile. MIL kata elok untuk joints2. tah ye tah tak
Quote @chik 17-10-2017 11:37 PM
suka sangat ulam bendi..
Quote surirumahStylo 20-10-2017 09:36 AM
sy mmg suka bendi
Quote sofiazara 20-10-2017 02:24 PM
masa pregnant byk mkn bendi

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.053626 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top