Artikel Oleh Myra Rozi | Video Oleh Kelly Choong Ching Mun | Suntingan Visual Oleh Tan Zhen Sheng l Bagai ada ikatan kuat, masyarakat Melayu terutamanya tidak putus-putus berjumpa perawat ilmu ghaib atau bomoh bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Dari zaman dulu sampai sekarang, masih ramai lagi yang menjadikan bomoh sebagai tempat rujukan, kononnya boleh merawat segala penyakit berbanding perubatan moden. Walaupun dah banyak kes penipuan bomoh, sampai ada yang dicabul dan dirogol, pun tak diendahkan. Kenapa agak-agaknya semua ini masih terjadi? -CARI |
24
Bagus |
20
Marah |
14
Terkejut |
29
Sedih |
24
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
KOTA TINGGI: Seorang wanita berusia 21 tahun yang baharu memulakan kerja sebagai pembantu klinik selama empat hari, trauma selepas mendakwa dia dicabul oleh majikannya.
Wanita yang telah setahun mendirikan rumah tangga itu berkata, dalam kejadian awal bulan ini, majikannya, seorang doktor sebuah klinik swasta dekat sini, turut mencuba untuk merogolnya.
Ketika kejadian, dia berseorangan di bahagian belakang klinik sebelum secara tiba-tiba didatangi doktor tersebut yang memeluk, mencium, meraba serta cuba membuka seluarnya.
Doktor itu turut memberi amaran kepadanya agar tidak memberitahu kepada sesiapa berkenaan hal itu.
Saya mengadu kepada suami dan kami terus ke balai polis, membuat laporan serta turut mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi sebelum diminta rujuk ke Hospital Sultan Ismail,” kata beliau kepada pemberita di Taman Kota Jaya, di sini.
Sementara itu, Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata suspek atau pelaku sebegini tidak boleh dibiarkan terlepas kerana akan mengundang bahaya kepada keselamatan awam sama ada pekerjanya sendiri atau pesakitnya.
“Sehubungan itu, adalah dicadangkan supaya perbuatan tidak bermoral doktor terbabit dibawa ke pengetahuan Lembaga Disiplin Majlis Perubatan Malaysia untuk diambil tindakan tegas terhadapnya,” kata beliau yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut.
Turut hadir ialah Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Muhammad Fadzli Hassan dan Johan Yassin.
Difahamkan, doktor terbabit pernah dituduh atas kesalahan serupa pada 2009.
Khairul Anwar mendakwa ramai lagi antara pesakit yang pernah menjadi mangsa doktor terbabit namun masing-masing tidak berani untuk melaporkan kejadian ini atas faktor tidak mahu mendapat aib.
Dalam pada itu, Khairul Anwar juga mendesak pihak berkuasa segera mengambil tindakan sewajarnya memandangkan dua minggu sudah berlalu sejak laporan polis dibuat.
Pada 14 Mei lepas, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman ada mengesahkan satu laporan telah dibuat di Balai Polis Kota Tinggi berhubung seorang pekerja wanita sebuah klinik gigi di daerah ini mengalami gangguan seksual oleh majikannya pada 7 Mei lalu. – mStar
Elle_mujigae replied at 29-8-2017 01:32 PM
Baru baca kat fb kawan share yg bomoh boleh pulih masalah mata.. pesakit dari seluruh negara datang. ...
trakea replied at 29-8-2017 03:20 PM
@CARI-MRO
Bodohnya engkau ni. Kaum lain pun jumpa bomoh masing masing gak
CARI-MRO replied at 29-8-2017 05:45 PM
Bahasa tu jaga sikit. tak baca ke 'terutamanya'. Ada cakap ke kaum lain tak pergi jumpa bomoh. kit ...
ADVERTISEMENT