Hari ini, Malaysia melakar sejarah apabila berlangsungnya majlis pelancaran dan penamaan Kapal Tempur Persisir (LCS) tercanggih pertama milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di dermaga Boustead Naval (BN) Shipyard di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Bernama melaporkan, upacara tersebut disempurnakan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim sambil disaksikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan seterusnya akan dilepaskan buat pertama kali ke perairan negara pada hari ini.
Dalam ucapan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kapal LCS bernilai RM1.5 bilion itu diberi nama Kapal Diraja (KD) Maharaja Lela sempena nama Datuk Maharaja Lela, seorang pahlawan Melayu yang memimpin perjuangan rakyat Perak bagi menentang penjajahan British di negara ini. Tambah beliau, pelancaran kapal itu membuktikan keupayaan dan kemampuan anak tempatan untuk bersaing dalam industri berat, khususnya teknologi ketenteraan. "Ia kerana KD Maharaja Lela adalah kapal kelas frigat pertama dibina sepenuhnya syarikat tempatan iaitu BN Shipyard Sdn Bhd," ujar beliau. Untuk rekod, Kapal Diraja (KD) Maharaja Lela tersebut mempunyai kelajuan maksimum sehingga 28 knot dengan bersaiz panjang 111 meter. Selain dilengkapi beberapa senjata utama seperti sistem pelancar torpedo, sistem pelancar misil antipermukaan, ianya juga memiliki sistem pelancar misil antiudara dan meriam kaliber sederhana bagi meningkatkan lagi kawalan keselamatan di perairan negara.- CARI |
36
Bagus |
32
Marah |
10
Terkejut |
10
Sedih |
15
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dcruins replied at 24-8-2017 05:49 PM
baru jerrr lancar awal tahun ni, dah siap....cuma senjata2 jerrr belum pasang, lepas sea trial kot b ...
jiwarasa replied at 24-8-2017 06:24 PM
tahniah beribu ribu tahniah. buat banyak lagi biar malaysia jadi negara terkuat di rantau sukan sea
jiwarasa replied at 24-8-2017 06:24 PM
tahniah beribu ribu tahniah. buat banyak lagi biar malaysia jadi negara terkuat di rantau sukan sea
pembisikmaut replied at 24-8-2017 06:29 PM
Tahukah anda..saat ini TLDM adalah navy yg terbesar, terkuat dan paling modern ..bukan saja di asi ...
henfon replied at 24-8-2017 09:56 PM
Kapal boleh beli diganti jenama sedang fasilitas steel cutting pun tarak ade kapal buatan dcns ...
kecimpret replied at 25-8-2017 09:37 PM
Bodonya ko ni...kapal tu mmg asal dcns..malaysia buat technology transfer dgn company tu..dcns set ...
henfon replied at 25-8-2017 09:42 PM
"Ia kerana KD Maharaja Lela adalah kapal kelas frigat pertama dibina sepenuhnya syarikat tempata ...
ADVERTISEMENT