CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembekalan Makanan Tldm, Kerajaan Rugi Rm34.5 Juta

1-10-2013 06:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6777| Komen: 37



KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2012 mengesahkan kerajaan kerugian RM34.5 juta setelah Kementerian Pertahanan membayar jumlah yang lebih tinggi berbanding nilai sebenar beberapa projek.

Semakan audit mendapati 30 kontrak yang dimeterai antara tahun 2010 hingga 2012 yang bernilai RM47.96 juta sepatutnya hanya menelan belanja RM13.46 juta atau 28.1% daripada nilai keseluruhan kontrak.

Laporan itu turut mendapati 23 kontrak yang dimeterai antara Kementeriaan Pertahanan dan kontraktor lewat ditandatangani  antara 12 hingga 600 hari.

Namun kerugian akibat kelewatan ini tidak dimaklumkan.

Jabatan Ketua Audit Negara juga memaklumkan pihaknya gagal mengenal pasti status empat lagi kontrak setelah mendapati dokumen berkaitan projek itu masih berada dalam simpanan pihak kontraktor.

Menurut laporan itu lagi, sebanyak 67 item bernilai RM180,000 tidak menepati syarat kontrak,  seperti gagal mempamer tanda makanan dan tanda tarikh luput.

Semakan juga mendapati wujud bahan masakan yang telah melebihi tarikh luput masih disimpan.

Tindakan melupuskan bahan-bahan berkenaan hanya dilakukan selepas menerima arahan daripada pihak Jabatan Audit Negara.

Pembekalan makanan bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meliputi penyediaan rangsum kering kepada anggota tentera.

Berita mula diterbitkan pada: Oktober 01, 2013 14:20 (MYT)
Tag: laporan audit, TLDM, kerajaan, rugi, bekalan makanan


13

Bagus
4

Marah
7

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 1-10-2013 03:12 PM
sekali kuar pasal audit baru la nmpk kelemahan pihak di audit
jenuh la korang nk jwb
Quote cak! 1-10-2013 03:16 PM
kadang2 terpikir jgk ..brp juta sehari kerajaan kena tanggung makan minum puak2 tentera ni..sepatutnya makan minum tanggung sundri lah..gaji dah dpt
Quote d'zeck 1-10-2013 03:17 PM
miawpink posted on 1-10-2013 03:12 PM
sekali kuar pasal audit baru la nmpk kelemahan pihak di audit
jenuh la korang nk jwb

dah tugas audit cari kesilapan
untuk penambahbaikan,
minor atau major

tanggungjawabnya bantu
pentadbiran negara

kalau takde buat audit tu
baru susah nak jawab kenapa takde

Quote NIXAR 1-10-2013 03:20 PM
sapa kontraktor ni? sah2 dr puak yg satu tu.
Quote d'zeck 1-10-2013 03:21 PM
cak! posted on 1-10-2013 03:16 PM
kadang2 terpikir jgk ..brp juta sehari kerajaan kena tanggung makan minum puak2 tentera ni..sepatutn ...

tentera ni beroperasi secara organisasi
dalam kumpulan besar

penempatan secara berkelompok
samada di kem2, pangkalan laut/udara mahupun pos2 hadapan
di perbatasan negara

bukan kerja sorang2 macam macai
red bean

di situ wujudnya keperluan untuk
penyediaan makanan secara berkelompok

ada akal tu pakai la sikit


Quote mziskandar 1-10-2013 03:22 PM
ni nk terima kasih kt sape plak?
Quote Nash^Roy 1-10-2013 03:28 PM
bg owner restoran mamak jaga pun tak rugi camni agaknya..
Quote md.jie 1-10-2013 03:29 PM
wira negara punye pasal katanya... muntri lembek sila jawab
Quote AdamBillionaire 1-10-2013 03:33 PM
urm. dh ckp dh corruption dalam bidang army ni berleluasa, kes kapal selam, kes enjin kena seludup, kes2 kenderaan yang sultan tegur harga melampau lampau,

army malaysia tak salah, yang salah mereka pergunakan army untuk rompak duit rakyat.. itu perlu kita cari.

tp mcm biasalah orang umno tu bersih syumul.. mana nak mengaku berak tengah jalan.. yang penting dpt cium keris ketuanan melayu. tp rasuah tetap diutamakan..

laporan audit ni tiada siapa nak pertikaikan ke? kih3.. banyak tu duit hilang.. aduhai..
Quote unekspekted_XII 1-10-2013 03:36 PM
AdamBillionaire posted on 1-10-2013 03:33 PM
urm. dh ckp dh corruption dalam bidang army ni berleluasa, kes kapal selam, kes enjin kena seludup,  ...

orang PR bengang sebab dorang tak dapat bahagian.. sebab tu meroyan klu ade kes2 mcm ni padehal yg songlap tu x smestinye org umno
Quote cak! 1-10-2013 03:39 PM
d'zeck posted on 1-10-2013 03:21 PM
tentera ni beroperasi secara organisasi
dalam kumpulan besar

boleh je potong duit gaji mereka utk makan minum
Quote kecimpret 1-10-2013 03:52 PM
dah x terkejut dahhh..org cakap dah lali dgn kes songlap2 ni
Quote sitisitu25 1-10-2013 03:54 PM
cak! posted on 1-10-2013 03:39 PM
boleh je potong duit gaji mereka utk makan minum

bg jela elaun makan msuk gaji derang..pastu xyah la provide mkn2 camni lg..
Quote cikatilia 1-10-2013 03:55 PM
tadi kasut
ni makanan


Quote sueism 1-10-2013 03:55 PM
Malaysia negara yg paling kaya Di dunia ,tu Rugi Sikit aje
Quote blackred99 1-10-2013 04:05 PM
laporan yg ditunggu setiap tahun.. konfem banyak pengsonglapan berlaku.
Quote network 1-10-2013 04:12 PM
cak! posted on 1-10-2013 03:39 PM
boleh je potong duit gaji mereka utk makan minum

Ko nie klu company ko suruh pg keja outstation.. senyum jer kot makan minum tolak duit gaji ang
Quote pyropura 1-10-2013 04:18 PM
d'zeck posted on 1-10-2013 03:21 PM
tentera ni beroperasi secara organisasi
dalam kumpulan besar


kuli batak indon kontrak pun keja secara berkelompok, dalam "KEM" jugak, tapi makan kena beli sundiri jugak...so...??
Quote d'zeck 1-10-2013 04:29 PM
pyropura posted on 1-10-2013 04:18 PM
kuli batak indon kontrak pun keja secara berkelompok, dalam "KEM" jugak, tapi makan kena beli su ...

so cinking
nak buat apa

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.086045 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top