CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tldm Perlu 6 Kapal Selam

30-7-2013 02:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8284| Komen: 64

Description: Tentera Laut Diraja Malaysia (Tldm) Memerlukan Sekurang-Kurangnya Enam Buah Kapal Selam Bagi Membentuk Angkatan Yang Berupaya Mengawal Sempadan Maritim Negara Secara Berkesan.


KUALA LUMPUR 29 Julai - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memerlukan sekurang-kurangnya enam buah kapal selam bagi membentuk angkatan yang berupaya mengawal sempadan maritim negara secara berkesan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, aset pertahanan itu penting kerana kedudukan Malaysia di kawasan tengah Asia Tenggara terdedah dengan konflik bilateral dengan negara-negara jiran termasuk isu Kepulauan Spratly.

Menurut beliau, angkatan kapal selam tersebut juga diperlukan untuk membuat rondaan di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) negara seluas kira-kira 600 kilometer persegi yang kaya dengan hasil perikanan, minyak dan gas dianggarkan bernilai trilion ringgit.


"Walaupun Singapura tidak mempunyai sempadan perairan yang besar, negara itu mempunyai enam buah kapal selam dan beberapa aset tempur udara yang canggih.

"Baru-baru ini, Vietnam juga bercadang membeli enam buah kapal selam dan Indonesia telah memiliki dua buah kapal selam yang dibekalkan Rusia," katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini.

Terdahulu, Senator Abdul Rahman Bakar bangkit mencelah meminta Kementerian Pertahanan menjelaskan tentang keperluan untuk menambah bilangan kapal selam bagi mengawal perairan negara.


Dalam perkembangan sama, Abdul Rahim menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya dua buah kapal selam jenis Scorpene yang dibeli kerajaan tidak berfungsi, sebaliknya KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak turut membuat rondaan di EEZ negara.

Sementara itu, beliau memberitahu, kerajaan sedang mempertimbangkan pembelian peralatan canggih seperti Nationwide Automatic Identification System (NAIS) dan alat pandang malam untuk digunakan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).



14

Bagus
24

Marah
11

Terkejut
19

Sedih
18

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 30-7-2013 08:01 AM
nie kasi bungkus 8.........


Quote md.jie 30-7-2013 08:32 AM
yang duka ada pon ta selam2, lagi mau tambah ka
Quote BotakChinPeng 30-7-2013 10:29 AM
Tiga lagi pun cukup llah
Quote tagas 30-7-2013 10:33 AM
masyuk laaa saper yg jd agen nih..5 persennnnn..
Quote the_killer 30-7-2013 10:38 AM
BotakChinPeng posted on 30-7-2013 10:29 AM
Tiga lagi pun cukup llah

kita memerlukan tak silap 8 buah untuk jaga LCS dan sabah serta sarawak..kat selat melaka..cukupla frigate dan corvet..
Quote shayjr 30-7-2013 10:39 AM
C4 menanti................
Quote pakwetizzaqyah 30-7-2013 10:43 AM
kapal selam ni sebenarnye tempat pasangan suami isteri beromen ape?
Quote leylapple 30-7-2013 10:43 AM
wasey..patut lah timbul balik kes altantuya...

aku ingatkan apa benda, rupa2nya nak beli lagi...

nak beli lagi pasal apa?sebab satu dah jadi muzium, satu lagi tak dapat nak selam ker????
Quote the_killer 30-7-2013 10:50 AM
leylapple posted on 30-7-2013 10:43 AM
wasey..patut lah timbul balik kes altantuya...

aku ingatkan apa benda, rupa2nya nak beli lagi...
...

2 buah kapal selam masa tu alami kerosakan teknikal pada sistem dalaman...tu yang tak bley nyelam tu...bak kata pegawai TLDM la

yang lagi 6 tu..adalah hasrat TLDM untuk tambah lagi kekuatan tempur TLDM..dimana 2 buah memang tak cukup untuk pertahanan negara

tp sampai skang gomen dok diam ja pasal skandal kapal selam...nak beli boleh..tp beli dengan telus
Quote TOPwind 30-7-2013 10:54 AM
pilih DAP dapat sekolah cina
pilih UMno dapat kapal selam ok lah tu
Quote otai_g 30-7-2013 10:54 AM
betul.. nak beli 10 kapal selam pun boleh, tp biar la berpada.

as example org beli kapal selam harga 1 juta, kita beli kapal selam yg sama harga 10 juta.

x ke kurang bijak namanya tu?
Quote leylapple 30-7-2013 10:56 AM
the_killer posted on 30-7-2013 10:50 AM
2 buah kapal selam masa tu alami kerosakan teknikal pada sistem dalaman...tu yang tak bley nyelam  ...

ha....komen ko aku sokong...

beli lah kapal selam hatta 10 buah sekali pun....asalkan pembelian nya telus dan jujur..

nie beli 2 buah tapi tak leh selam, pastu ada mcm2 isu pulak, kes altantuya la...duit komisen berjuta2 la....muncul pulak byk pelakon2 sampingan cth koperal azhar sirul, bala, razak baginda, ceo syabas tu...last2 semua ke laut....pelik betul...

in the first place, why buy kapal selam yang tak leh selam?????
Quote the_killer 30-7-2013 11:04 AM
leylapple posted on 30-7-2013 10:56 AM
ha....komen ko aku sokong...

beli lah kapal selam hatta 10 buah sekali pun....asalkan pembelian ...

isu tak skandal ni dah memeningkan rakyat...masih diperingkat mahkamah..tapi sampai bila..kesian kat keluarga altantuya..apakah motif pembunuhannya?

berkaitan tak leh menyelam tu...semasa perasmian kapal selam di perancis..kapal selam kita telah menyelam dan bergerak dari perancis ke malaysia..

isu tak bley menyelam tu..disebabkan kerosakan teknikal..dalam kapal selam tu...tp skang dah ok..selepas kes itu ..scorpene kita telah melancarkan SM-39 untuk latihan bawah permukaan
Quote kenari2101 30-7-2013 11:08 AM
leylapple posted on 30-7-2013 10:56 AM
ha....komen ko aku sokong...

beli lah kapal selam hatta 10 buah sekali pun....asalkan pembelian ...

aku pernah baca TLDM pangigl semua media utk tunjukkan pasal kapal selam yg korang ni sibukkan  tu..
mmg terbukti kapal tu tak de masalah. tapi si anak dak nuar tu buat BODOH jer n langsung tak komen apa2 pasal hal tu.

sblm tu pasal makan kat tandas pun bising jugak. kesian kat guru besar tu.
ada ke si cina DAP aka monunis pi minta maaf dgn guru besar tu...ADA KE

sebelum ni puak lahabua ni jugak yg sibukkan pasal preempuan yg kononnya dr cina tu kena dera dlm penjara end up rupanya org mesia gak.
senyap juga puak tu...

mmg seronok yer buat fitnah ni!
ada pulak org yg kononya bijak pandai belajar unibersiti 50 tingkat PERCAYA pulak !


Quote MengkuduMasam 30-7-2013 11:20 AM
kat mesia nih.. lagi ramai "pakar" berkata dari yg  mmg ahli... bukan hujah ilmiah tu terlampau ramai...

last2 rakyat confius yg mana betull...... slalunya yg buruk je manusia akan nampak..
Quote kenarikelabu 30-7-2013 11:24 AM
beli lagi...beli...kalo takleh selam gak, kita buat reban.
Quote sriwanis 30-7-2013 11:29 AM
Makin nipis la org gomen nak dpt bonus......
Quote freebird 30-7-2013 12:27 PM
Mengawal sempadan maritim?

Ada 10 ke, 20 ke, caprut indon dan suluk senang2 je masuk..
Quote kecimpret 30-7-2013 12:36 PM
kenari2101 posted on 30-7-2013 11:08 AM
aku pernah baca TLDM pangigl semua media utk tunjukkan pasal kapal selam yg korang ni sibukkan  tu ...

Masalah teknikal punca kapal selam tidak boleh menyelam

11/02/2010 6:28pm

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Panglima Tentera Laut, Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.
Beliau berkata, kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Januari lalu ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.
"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam yang melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.
Abdul Aziz berkata, berikutan kerosakan itu, kapal selam yang tiba secara rasmi di perairan negara pada 3 September tahun lepas dinasihat untuk tidak menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.
"Kerosakan itu hanyalah kerosakan kecil dan kini sedang dibaik pulih oleh kontraktor yang dilantik, alat gantinya sudah diperoleh dan kerja menyelenggara sedang dilakukan,” katanya. – Bernama


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_31.htm#ixzz2aV52pjhH
© Utusan Melayu (M) Bhd



ko nak cakap bernama dan Utusan wat pitnah ka?..mmg sub tu ade masalah la weyyyyyy

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.107856 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top