CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dianggarkan 300 Tan Minyak Tumpah Akibat Dua Kapal Berlanggar Di Johor

4-1-2017 06:41 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3053| Komen: 4

Description: Dua buah kapal kontena iaitu APL Denver dan Wan Hai berlanggar sehingga menyebabkan berlaku tumpahan minyak di Johor Port, Pasir Gudang malam kelmarin.

Dua buah kapal kontena iaitu APL Denver dan Wan Hai berlanggar sehingga menyebabkan berlaku tumpahan minyak di Johor Port, Pasir Gudang malam kelmarin.


Memetik laporan Bernama, pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam kelmarin, kesan perlanggaran tersebut menyebabkan tumpahan minyak daripada tangki kapal Apl Denver.

"Kapal Wan Hai juga dilaporkan mengalami kerosakan bekalan tenaga (power failure) menyebabkan kapal tidak boleh dikawal dan akhirnya melanggar bahagian tangki."

"Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar mendapati tumpahan minyak yang dianggarkan kira-kira 300 tan telah memasuki kawasan perairan Singapura dan Pulau Ubin dilihat menerima impak tumpahan tersebut."

Jabatan Alam Sekitar kini sedang membuat siasatan ke atas dua kapal kontena yang terlibat untuk mencari punca sebenar berlakunya kejadian berkenaan. 


Sementara itu, The Straits Times melaporkan Lembaga Pelabuhan Johor (JPA) telah menggunakan empat kapal anti pencemaran dan 'oil boom' untuk mengawal tumpahan minyak.

Menurut Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA), ia telah mengaktifkan lapan kraf anti pencemaran dengan keupayaan semburan cecair untuk membersihkan minyak.

Tambah MPA, tiada kecederaan atau kesesakan dilaporkan di Selat Johor dan operasi pelabuhan Singapura tidak terjejas.- CARI

sumber foto: The Straits Times

6

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cknoriz 4-1-2017 07:00 PM
brp byk benang daaaaa
Quote ronapink 4-1-2017 07:15 PM
CARI_LTS  buka buka 2 thread sekaligus


@admin6
Quote ronapink 4-1-2017 07:16 PM

petang buat keje sambil mabuk..

lepas buat keje xcheck balik,
Quote ultra78 4-1-2017 09:00 PM
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1027925

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.063402 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top