CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemalangan Bas, Cacing Dicari

22-8-2013 09:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13252| Komen: 80

'Cari sampai lubang cacing!', kata Hishammuddin


KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan akan mencari punca nahas bas di Genting Highlands, yang mengorbankan 37 nyawa, dan pihak bertanggungjawab sehingga ke lubang cacing.
   
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata siasatan akan dilakukan secara teliti dan rapi.
   
"Kita akan cari sampai ke lubang cacing punca terjadi tragedi yang cukup menyayat hati ini," katanya ketika diminta mengulas nahas itu ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan di sini hari ini.
   
Menteri Pertahanan itu juga meminta agensi di bawah Kementerian Pengangkutan, khususnya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menggariskan cara bagi mencari punca nahas berkenaan.
   
Hishammuddin turut meminta semua pihak agar tidak menuding jari kepada sesiapa dan menunggu laporan awal lengkap.

"Tunggu dulu. Janganlah hendak menuding jari kepada mana-mana pihak seperti yang selalu terjadi dalam keadaan beremosi," katanya.
     
Ditanya sama ada kerajaan akan meminta pengunjung tidak melawat pusat peranginan Genting Highlands buat sementara waktu, Hishammuddin berkata semua itu bergantung kepada siasatan awal sama ada ia berkaitan keadaan bas, pemandu atau keadaan jalan.
     
"Banyak sangat kemungkinan. Jadi, sebelum saya dapat maklumat yang lebih terperinci, saya tidak boleh memberikan keputusan yang tepat berkaitan perkara itu," katanya.
   
Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas.
   
Antara kenamaan yang hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

20

Bagus
32

Marah
22

Terkejut
10

Sedih
15

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 22-8-2013 07:27 AM
dey lebih baik cari penjenayah dan tumpaskan semua sampai lubang cacing

Quote MissNigga 22-8-2013 07:28 AM
dah siap suma cangkul .. jentolak .. utk korek tanah cari cacing yang bersalah tu????
Quote d-7-0ne 22-8-2013 07:37 AM
same old story........bila ada kmalangan teruk mcm ni, baru nk buat tu buat ni......pas dua tiga bulan akan lupa da.....sehingga ada kmalangan baru...........ni la mesia, pemantauan dan penguatkuasaan hnya dibuat bila da berlaku, bukan dilakukan sepanjang masa.
Quote nuc 22-8-2013 07:39 AM
satu lagi statement agak cerdik dr menteri...

Bangkok: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak berkuasa segera menubuhkan jawatankuasa petugas bagi menyiasat kemalangan bas di Genting Highlands yang meragut 37 nyawa semalam.

Bercakap kepada wartawan Malaysia ketika tiba di sini untuk lawatan rasmi dua hari, beliau berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu menubuhkan jawatankuasa petugas bagi mengenal pasti punca kemalangan dan langkah sewajarnya diambil bagi mengelak kejadian seperti itu tidak berulang di masa depan.


Beliau mengharapkan tindakan segera kerana jalan tersebut digunakan sepanjang masa oleh orang ramai termasuk pelancong. Beliau berkata kemalangan seperti itu pernah terjadi sebelum ini, tetapi tidak seteruk ini.

“Ia sesuatu yang agak dahsyat,” kata beliau yang menyatakan dukacita dan sedih dengan kejadian itu.


Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.- BERNAMA
Quote missdahlia 22-8-2013 07:39 AM
hangat hangat tahi ayam je
Quote funnyTONE 22-8-2013 07:42 AM
d-7-0ne posted on 22-8-2013 07:37 AM
same old story........bila ada kmalangan teruk mcm ni, baru nk buat tu buat ni......pas dua tiga bul ...

biasa la tu...cam tak biasa pulak kan...

haaa carik la korek sampai lubang cacing...

cacing jgk jd mangsa
Quote dualchicks 22-8-2013 07:42 AM
(((((((Cari sampai lubang cacing))))))))


(((Tunggu dulu. Janganlah hendak menuding jari kepada mana-mana pihak seperti yang selalu terjadi dalam keadaan beremosi)))))))
Quote Al-Patih 22-8-2013 07:44 AM
"Kita akan cari sampai ke lubang cacing punca terjadi tragedi yang cukup menyayat hati ini," katanya ketika diminta mengulas nahas itu ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan di sini hari ini.

dio ngangis tak maso ...Rayo doket umah Zaid ...
Quote md_nana 22-8-2013 07:45 AM
kadang2 sikap individu jugak yg menyumbang pada kemalangan. maslh teknikal pon blh jd jugak.
Quote bolat-bolat 22-8-2013 07:45 AM
Statement dari  menteri malaysia....hurm....
Quote gaara_X 22-8-2013 08:00 AM
Benda dah nak jadi.......accept apa yang berlaku...ngan dok main tunding menunding orang je......anggapnya sebagai ada hikmah disebalik apa yang berlaku.......
Quote merpati01 22-8-2013 08:01 AM
klu ksilapn nye adalah pemandu bas, dn dia jg tkorban semasa kejadian,
mmg smpi ke lubang cacinglah korang cari org yg btanggung jwb tuh......
Quote sueism 22-8-2013 08:01 AM
ya lah kena cari sampai lubang cacing kalau org dah tak nak pergi genting , kroni2 nie tak akan dapat duit poket
Quote yumeina 22-8-2013 08:04 AM
ala korang nih.....kalu dah benci org tuh...
ckp apa saja semuanya salah...
buat baik pn dickp ada udang disebalik batu
smbhyg pn korang ckp tak ikhlas...
Quote eco_internet 22-8-2013 08:09 AM
Cacing tak terlibat dlm nahas tersobut...
Quote mjla 22-8-2013 08:11 AM
Tu le menteri Msia...

Reponse pd satu2 trgedi tu mem baguih.

Tapi cakap cam budak2.

Sudahnya kena gelak dgn rakyat....
Quote leylapple 22-8-2013 08:15 AM
Al-Patih posted on 22-8-2013 07:44 AM
dio ngangis tak maso ...Rayo doket umah Zaid ...
"Kita akan cari sampai ke lubang cacing punca terjadi tragedi yang cukup menyayat hati ini," katanya ketika diminta mengulas nahas itu ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan di sini hari ini.
jatuh tak hati dia???

kan hati dia sudah di sayat2...maybe dgn keris ler tu..
Quote zaiha 22-8-2013 08:20 AM
yola tuhhh.....
Quote cikatilia 22-8-2013 08:22 AM
statement dungu dari manusia dungu

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.102997 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top