View: 11432|Reply: 80
|
[Tempatan]
kemalangan bas, cacing dicari
[Copy link]
|
|
'Cari sampai lubang cacing!', kata Hishammuddin
KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan akan mencari punca nahas bas di Genting Highlands, yang mengorbankan 37 nyawa, dan pihak bertanggungjawab sehingga ke lubang cacing.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata siasatan akan dilakukan secara teliti dan rapi.
"Kita akan cari sampai ke lubang cacing punca terjadi tragedi yang cukup menyayat hati ini," katanya ketika diminta mengulas nahas itu ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan di sini hari ini.
Menteri Pertahanan itu juga meminta agensi di bawah Kementerian Pengangkutan, khususnya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menggariskan cara bagi mencari punca nahas berkenaan.
Hishammuddin turut meminta semua pihak agar tidak menuding jari kepada sesiapa dan menunggu laporan awal lengkap.
"Tunggu dulu. Janganlah hendak menuding jari kepada mana-mana pihak seperti yang selalu terjadi dalam keadaan beremosi," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan akan meminta pengunjung tidak melawat pusat peranginan Genting Highlands buat sementara waktu, Hishammuddin berkata semua itu bergantung kepada siasatan awal sama ada ia berkaitan keadaan bas, pemandu atau keadaan jalan.
"Banyak sangat kemungkinan. Jadi, sebelum saya dapat maklumat yang lebih terperinci, saya tidak boleh memberikan keputusan yang tepat berkaitan perkara itu," katanya.
Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas.
Antara kenamaan yang hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. - Bernama
Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
dey lebih baik cari penjenayah dan tumpaskan semua sampai lubang cacing
|
|
|
|
|
|
|
|
dah siap suma cangkul .. jentolak .. utk korek tanah cari cacing yang bersalah tu???? |
|
|
|
|
|
|
|
same old story........bila ada kmalangan teruk mcm ni, baru nk buat tu buat ni......pas dua tiga bulan akan lupa da.....sehingga ada kmalangan baru...........ni la mesia, pemantauan dan penguatkuasaan hnya dibuat bila da berlaku, bukan dilakukan sepanjang masa. |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi statement agak cerdik dr menteri...
Bangkok: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak berkuasa segera menubuhkan jawatankuasa petugas bagi menyiasat kemalangan bas di Genting Highlands yang meragut 37 nyawa semalam.
Bercakap kepada wartawan Malaysia ketika tiba di sini untuk lawatan rasmi dua hari, beliau berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu menubuhkan jawatankuasa petugas bagi mengenal pasti punca kemalangan dan langkah sewajarnya diambil bagi mengelak kejadian seperti itu tidak berulang di masa depan.
Beliau mengharapkan tindakan segera kerana jalan tersebut digunakan sepanjang masa oleh orang ramai termasuk pelancong. Beliau berkata kemalangan seperti itu pernah terjadi sebelum ini, tetapi tidak seteruk ini.
“Ia sesuatu yang agak dahsyat,” kata beliau yang menyatakan dukacita dan sedih dengan kejadian itu.
Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
hangat hangat tahi ayam je
|
|
|
|
|
|
|
|
d-7-0ne posted on 22-8-2013 07:37 AM
same old story........bila ada kmalangan teruk mcm ni, baru nk buat tu buat ni......pas dua tiga bul ...
biasa la tu...cam tak biasa pulak kan...
haaa carik la korek sampai lubang cacing...
cacing jgk jd mangsa
|
|
|
|
|
|
|
|
(((((((Cari sampai lubang cacing))))))))
(((Tunggu dulu. Janganlah hendak menuding jari kepada mana-mana pihak seperti yang selalu terjadi dalam keadaan beremosi)))))))
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kita akan cari sampai ke lubang cacing punca terjadi tragedi yang cukup menyayat hati ini," katanya ketika diminta mengulas nahas itu ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan di sini hari ini.
dio ngangis tak maso ...Rayo doket umah Zaid ... |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 sikap individu jugak yg menyumbang pada kemalangan. maslh teknikal pon blh jd jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Statement dari menteri malaysia....hurm.... |
|
|
|
|
|
|
|
Benda dah nak jadi.......accept apa yang berlaku...ngan dok main tunding menunding orang je......anggapnya sebagai ada hikmah disebalik apa yang berlaku....... |
|
|
|
|
|
|
|
klu ksilapn nye adalah pemandu bas, dn dia jg tkorban semasa kejadian,
mmg smpi ke lubang cacinglah korang cari org yg btanggung jwb tuh...... |
|
|
|
|
|
|
|
ya lah kena cari sampai lubang cacing kalau org dah tak nak pergi genting , kroni2 nie tak akan dapat duit poket |
|
|
|
|
|
|
|
ala korang nih.....kalu dah benci org tuh...
ckp apa saja semuanya salah...
buat baik pn dickp ada udang disebalik batu
smbhyg pn korang ckp tak ikhlas... |
|
|
|
|
|
|
|
Cacing tak terlibat dlm nahas tersobut... |
|
|
|
|
|
|
|
Tu le menteri Msia...
Reponse pd satu2 trgedi tu mem baguih.
Tapi cakap cam budak2.
Sudahnya kena gelak dgn rakyat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Patih posted on 22-8-2013 07:44 AM
dio ngangis tak maso ...Rayo doket umah Zaid ... "Kita akan cari sampai ke lubang cacing punca terjadi tragedi yang cukup menyayat hati ini," katanya ketika diminta mengulas nahas itu ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan di sini hari ini. jatuh tak hati dia???
kan hati dia sudah di sayat2...maybe dgn keris ler tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
yola tuhhh..... |
|
|
|
|
|
|
|
statement dungu dari manusia dungu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|