Dalam pada ramai artis lelaki bergelar suami didekati wanita lain, Ozlynn Wati menegaskan tiada siapa berani mendekati suaminya, Johan.
Memetik mStar Online, Ozlynn bersyukur masjid dibina sejak lapan tahun lalu masih utuh dan tidak pernah timbul isu ada pihak cuba meruntuhkan mahligai cinta mereka. "Jujurnya memang tidak ada yang mendekati pun.. Cubalah kalau berani! "Sebenarnya saya dan Johan saling memegang kepercayaan dalam hubungan kami dan rasanya itulah rahsia kepada rumah tangga harmoni," katanya kepada mStar Online.
Tambah Ozlynn, Johan lebih gemar menghabiskan masa di rumah bersama keluarga sekiranya tiada sebarang urusan kerja. "Salah satu sebab saya kata tiada wanita berani mendekatinya kerana sikapnya sendiri memang gemar duduk di rumah. "Kalau dia keluar pun, dia pergi bermain futsal dengan rakan-rakan dan itu pun dia akan tinggalkan telefon di rumah," ujarnya. Perkara sama diakui penyampai radio Era fm itu sendiri yang lebih memilih untuk mengutamakan keluarga. "Saya bekerja untuk isteri dan anak-anak dan tiada masa hendak fikir perkara lain. "Jika saya keluar tanpa isteri saya sentiasa ingatkan diri yang saya turut membawa maruahnya bersama," kata Johan. Seronok saja tengok pasangan ni bahagia bersama keluarga mereka. Semoga hubungan mereka berkekalan. - CARI
|
17
Bagus |
31
Marah |
20
Terkejut |
23
Sedih |
31
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kuewTiau replied at 24-8-2017 11:25 AM
Selalu jumpe johan kat mamak awwal maju taman melati baru balik main futsal kot.
memang sempoi lah ...
debab76 replied at 24-8-2017 11:30 AM
kalu laki chuols KJ ke mateen nak jugak meols
debab76 replied at 24-8-2017 11:30 AM
kalu laki chuols KJ ke mateen nak jugak meols
sekel replied at 24-8-2017 11:24 AM
dlm ketuk2 ramadhan ko ckp dh 13 or 15 thn kawin
statement dlm nie 8 thn
moonbug replied at 24-8-2017 11:43 AM
Contoh artis yg mata meliar?
umbut replied at 24-8-2017 11:43 AM
Sebab tu dia x expose anak2 dia, takut org tanya dan spekulate.. umur anak lagi besar dari usia ka ...
ADVERTISEMENT