Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bakal pada bulan September ini. “Ya, saya bersara wajib pada bulan September ini, saya cukup 60 (tahun),” kata Khalid.
Memetik laporan Malaysiakini, tarikh persaraan Tan Sri Khalid telah disahkan pada 5hb September yakni merupakan tarikh sambutan hari kelahirannya yang ke-60 tahun. Khalid mula menyertai pasukan polis sebagai Inspektor di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur pada 5 Dis 1976 dan mula memegang jawatan Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013. Difahamkan, jawatan beliau akan dipangku Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim buat sementara waktu. Manakala Tan Sri Noor Rashid, 56, yang berasal dari Yan, Kedah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari Universiti Malaya, memulakan perkhidmatan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Penolong Penguasa Polis (ASP).
Beliau mula berkhidmat sejak Januari 1984 dan antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Ketua Siasatan Jenayah Daerah Sungai Petani, Kedah, Pegawai Turus Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dan Timbalan Pengarah III, JSJN, Bukit Aman. Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah II, (Logistik/Teknologi Maklumat), Jabatan Logistik Bukit Aman, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dan Pesuruhjaya Polis Sabah. Beliau telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Negara pada 1hb Januari 2015.- CARI
|
29
Bagus |
28
Marah |
15
Terkejut |
21
Sedih |
14
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT