CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Umum Bersara, Ini Penjelasan Mengapa Putera Philip Tidak Bawa Gelaran Raja

5-5-2017 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5655| Komen: 41

Description: Putera Philip tidak akan terlibat dari menghadiri upacara awam bermula pada musim luruh ini selepas membuat pengumuman akan bersara secara kekal daripada tugas-tugas rasmi.
Putera Philip tidak akan terlibat dari menghadiri upacara awam bermula pada musim luruh ini selepas membuat pengumuman akan bersara secara kekal daripada tugas-tugas rasmi.


Baginda telah berada di sisi isterinya sepanjang 65 tahun di atas takhta dan merupakan raja yang paling lama berkhidmat dalam sejarah British.

Pengumuman tersebut mencetuskan spekulasi, dan pelbagai persoalan timbul antaranya, mengapa Duke of Edinburgh ini bergelar Putera dan bukan Raja sedangkan isteri baginda adalah seorang Ratu?

Foto: www.express.co.uk
Menurut portal Metro.co.uk, mengikut undang-undang Inggeris, isteri biasanya akan mengambil nama dan pangkat suaminya selepas berkahwin.

Situasi sama terjadi keluarga Diraja Britain, iaitu isteri yang tidak mempunyai gelaran kebiasaannya akan mengambil gelaran suami secara sah. 

Contoh terdekat adalah apabila Kate Middleton berkahwin The Duke of Cambridge, iaitu Putera William, beliau dikenali sebagai The Duchess of Cambridge.

Namun jika Putera William tidak diberikan gelaran 'Duke' untuk perkahwinannya, Kate akan membawa gelaran 'Princess William of Wales'.

Walau bagaimanapun, perkara ini akan menjadi sangat berbeza apabila wanita dari keturunan diraja berkahwin.

Misal kata jika gelaran isteri adalah lebih tinggi daripada suaminya sebelum berkahwin, gelaran itu akan dikekalkan buat isteri.

Sebelum baginda Ratu Elizabeth II menaiki takhta, baginda memegang gelaran Duchess of Edinburgh, yang merupakan gelaran yang diwarisi daripada suami.

Walau bagaimanapun, disebabkan gelaran Ratu (Queen) merupakan pangkat yang lebih tinggi daripada Duchess, maka Ratu Elizabeth II menggunakan gelaran ratu tersebut.

Manakala gelaran Duke of Edinburgh yang dianugerahkan kepada suaminya dikekalkan tanpa ada perubahan. 

Maka disebabkan itulah Putera Philip bergelar Putera dan bukannya Raja. -CARI

Foto: Reuters
16

Bagus
26

Marah
14

Terkejut
12

Sedih
21

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 5-5-2017 11:24 AM
Queen ni masa muda dedulu cantik banget.. siphilip ni pun ensemm..
Quote aznizazzadele 5-5-2017 11:49 AM
TUA DAH


Quote manehnya 5-5-2017 12:01 PM
dulu


Quote DeeHanania 5-5-2017 12:08 PM
Dah nampak berumo lanjut dah,Atuk Putera Phillip nie
Quote cmf_premierleag 5-5-2017 12:10 PM
Lantak ko lah. Takde kene mengene pun dgn masa depan aku
Quote nisako 5-5-2017 12:11 PM
ooo  no wonder le e
Quote belilies 5-5-2017 12:29 PM
Deyols pun dah tua, umur 90s.
Quote umbut 5-5-2017 01:07 PM
Dah mcm2 era diorang lalui..since ww2, zaman jepun, hippies,millenium...
Quote epis 5-5-2017 01:44 PM
Tapi kenapa queen jadi pemerintah? Bukan king?? Queen elizabeth xde adik beradik lelaki ke tuk jadi king?
Quote dekmieDandy 5-5-2017 02:17 PM
dari dulu tertanya kenapa

nak google malas lak

thanks TT
Quote orglama 5-5-2017 02:21 PM
epis replied at 5-5-2017 01:44 PM
Tapi kenapa queen jadi pemerintah? Bukan king?? Queen elizabeth xde adik beradik lelaki ke tuk jadi  ...

sapa yg sulung yg jd king (lelaki) atau queen (perempuan)
Quote lavilavi 5-5-2017 02:48 PM
Tapi persoalannya....
Napa tiba2 kak mah jadi first lady?.. Tu yg aku musykil sampai skarang...
Quote Buritan 5-5-2017 02:51 PM
lavilavi replied at 5-5-2017 02:48 PM
Tapi persoalannya....
Napa tiba2 kak mah jadi first lady?.. Tu yg aku musykil sampai skarang...

Kak mah tuu tolak tepi.. dia gi mana pun dia tetap first lady.. pi cmpk ke uganda pun first lady tuu masih ado.. cmpk lubang kubo je hilang first lady tuh
Quote azimodin 5-5-2017 02:51 PM
epis replied at 5-5-2017 05:44 AM
Tapi kenapa queen jadi pemerintah? Bukan king?? Queen elizabeth xde adik beradik lelaki ke tuk jadi  ...

Queen Elizabeth xde adik beradik lelaki, yang ade adik perempuan - Princess Margaret
Quote Buritan 5-5-2017 02:52 PM
DeeHanania replied at 5-5-2017 12:08 PM
Dah nampak berumo lanjut dah,Atuk Putera Phillip nie

Nmpk masih gagah lg
Quote RatuDunia94 5-5-2017 02:53 PM
Mcm kalo kt msia pompuan dpt Datuk tp suami xde la dpt Datin.
Quote Buritan 5-5-2017 02:54 PM
manehnya replied at 5-5-2017 12:01 PM
dulu

Suke tengok omputih dolu dolu..
Quote azimodin 5-5-2017 02:55 PM
Prince Phillip dah uzur jugak nampaknya. umur pon dah 95 kalau x silap. Xlarat nak buat official visit, elok dok rumah je la. Aku suka tengok The Crown walaupon bukan 100% real sebab seronok tengok dorang laki bini bergaduh pasal coronation.
Quote Artemesiaa 5-5-2017 02:55 PM
Dah tua2 malas dah nak ikut protocal letih elok duduk relax2 je sambil sesekali layan cicit

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.201507 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top