Keterujaan rakyat Malaysia untuk menyaksikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin beraksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) akhirnya tercapai apabila baginda membuat keputusan kembali menyertai skuad ekuestrian negara semalam. Memetik laporan Bernama, perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo selepas mendapat surat rasmi daripada Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) mengenai penyertaan semula baginda pagi semalam. Jelas Datuk Low, pihak persatuan memberitahu seorang daripada atlet dalam skuad kuda lasak mengalami masalah kesihatan dan terpaksa menarik diri. "Pihak persatuan memaklumkan bahawa penggantian perlu dibuat dan hanya ada seorang lagi atlet iaitu Sultan Mizan.”
Sultan Mizan sebelum ini dilaporkan menarik diri daripada temasya itu kerana kudanya kurang cergas untuk bertanding dalam acara kuda lasak di Terengganu International Endurance Park di Lembah Bidong pada 20 Ogos ini. Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, ketika ditemui pemberita pada satu majlis di Petaling Jaya, yakin keputusan baginda itu akan menambah semangat dan kekuatan pasukan kuda lasak atau endurance negara.- CARI
|
10
Bagus |
16
Marah |
21
Terkejut |
13
Sedih |
14
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kentel replied at 15-8-2017 12:15 PM
@terpaku meh nengok
cheergirlz: woow kalau betol masuk semula...saya sokong..hihihihi
kentel replied at 15-8-2017 12:15 PM
@terpaku meh nengok
terpaku replied at 15-8-2017 12:57 PM
meols nak tengok prince mateen jahhhh bluuuppp bluppppp
intan_smsb replied at 15-8-2017 12:35 PM
nak join heols ke tengok game
paku nak tengok sea games sahje
ADVERTISEMENT