CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jijik, Pekerja Dipaksa Minum Air Dalam Mangkuk Tandas

3-8-2017 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4669| Komen: 30


Sebuah video yang menyaksikan beberapa pekerja bertindak meminum air di dalam mangkuk tandas menjadi tular di media sosial sejak dimuat naik ke dalam grup WeChat . 




Memetik laporan Beijing News, kejadian menjijikkan itu membabitkan pekerja di sebuah studio fotografi yang bertempat di bandar Sichuan Guang'an.

Mereka dikatakan dihukum oleh pengurus syarikat kerana gagal mencapai sasaran kerja yang telah ditetapkan. 

Rakaman video tersebut jelas kelihatan seorang pekerja lelaki dilihat mencedok air dari mangkuk tandas dan memeriksanya beberapa kali sebelum minum air tersebut. 

Manakala, seorang pekerja wanita pula minum air itu tanpa sebarang rasa ragu-ragu. 


Selepas menjalani hukuman itu, salah seorang pekerja wanita mengadu mengalami cirit birit dan tidak dapat makan nasi serta akan muntah-muntah. 

Difahamkan individu yang merakam video kejadian itu telah ditahan polis dan direman selama empat hari untuk membantu siasatan. 

Bagaimanapun, pengurus syarikat terbabit mendakwa video tular itu bukan dirakam di pejabat mereka dan menegaskan hukuman itu dikenakan semata-mata untuk meningkatkan motivasi pekerjanya agar bekerja lebih keras. - CARI




17

Bagus
19

Marah
18

Terkejut
25

Sedih
25

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelibat 3-8-2017 12:00 PM
what the f..
berenti je la..
pastu saman jek company ni..
bodoh btol..
kalo x capai target pecat jela..
nak bg motivasi..puiiii
Quote insulin 3-8-2017 12:02 PM
Teruknya company ni...
Quote Artemesiaa 3-8-2017 12:04 PM
Ni mendera namanya motivasi hapanya kalau dah macma tu
Quote Ayda89 3-8-2017 12:17 PM
Syaiton punya boss!!
Quote umbut 3-8-2017 12:23 PM
100000000000 kuman dlm lubang jamban tu...
Quote spiderman80 3-8-2017 12:33 PM
Ini bukan kali pertama majikan China menghukum pekerja dengan cara yang tidak masuk akal.
Tapi yang ini sungguh menjijikkan.
Banyak jauh beza majikan China berbanding majikan di Barat.
Banyak syarikat China tidak menghormati hak-hak pekerja atau hak asasi manusia, mungkin disebabkan oleh pengaruh pemerintahan komunisme di China.
Di Barat, syarikat-syarikat di sana amat menitikberatkan hak pekerja dan pekerja boleh mendapat banyak manfaat syarikat.
Namun,  kebelakangan ini banyak syarikat China mula mengikut cara atau konsep di barat di mana hak pekerja diambil berat. Namun, cuma syarikat-syarikat besar sahaja yang buat, contohnya Alibaba,  Tencent, Baidu,  BYD,  Huawei,  sektor perbankan dan IT.
Semoga syarikat-syarikat lain juga ikut langkah yang sama.
Kepada majikan, tahu lah korang nak untung,  tapi jangan lah mengetepikan hak-hak pekerja korang tu!  Pekerja merupakan aset paling bernilai untuk sesebuah syarikat.
Quote saviour_09 3-8-2017 12:37 PM
bapak ah
aku rela bergomol bergaduh dulu dengan bos tu then blah je resign
gila macam tak bermaruah langsung hina dia pandang kuli
Quote spiderman80 3-8-2017 12:38 PM
Kalau China masih ikut stail kuno dan kejam seperti ini, dunia susah nak terima China sebagai super power akan datang.
Jangan kata firma China,  kerajaan China pun tidak menghormati negara-negara jiran.
China dan AS, sama saja setan.
Quote ms.mango 3-8-2017 12:49 PM
Erghhhh... Tau lah dorg ni macam2 perangai pelik..xsangka sampai sejijik ni.. Eeee gelinya... Gila punya majikan...
Quote ultramantujuh 3-8-2017 12:53 PM
Alahai Spiderman80,  bukanlah semua syarikat China macam tu, berfikiran waras sikit, jangan cepat menghukum, walau bagaimana pun, zaman sekarang semua orang macam mana pun kena bekerjasama dengan syarikat China kerana mereka duit banyak.

Tengok saja filem blockbuster Hollywood yang menelan belanja tinggi tu, semua diterbit bersama Syarikat Perfileman China. Ini fakta yang realistik, tak boleh nak mengabaikan.

Negara kita pun boleh dikatakan semua mega projek dikuasai pelabur China. Tak percaya boleh pergi ke KL tengok semua pembinaan mega di sekitar KL diterajui pelabur China, ini hanya kerana mereka duit banyak.

Jangan membuat mereka tersinggung perasaan, kang mereka tarik balik semua mega projek, menangis PM kita.
Quote vanillaninja 3-8-2017 12:56 PM
Euwww. Motif sanggup buat? Resign je la kalau dihina sampai tahap macam tu sekali.
Quote DeeHanania 3-8-2017 01:04 PM
Jijiks...
Kot yer pun,nak denda,
Buat laa cara lain,
Pprt yer peel
Quote 32kW 3-8-2017 01:06 PM
Only in china
Quote cmf_premierleag 3-8-2017 01:29 PM
Bodohnya la hai.. Sapa suruh minum gak
Patutnya ms bos tu paksa ko minum air jamban, ko terajang la bos tu sekuat hati smpi patah tulang rusuk dia.. Lps tu ko hentak dia supaya ada internal bleeding dan kecederaan organ dlmn
Lps tu baru ko blah
Plis la jgn jd bodoh sgt mcm acik kepam
Quote moocoww 3-8-2017 01:30 PM
Majikan dari neraka
Quote manehnya 3-8-2017 02:26 PM
wth... aku x sanggup nk tgok
Quote Simunggu 3-8-2017 02:31 PM
dasar kapir...
Quote Zasss777 3-8-2017 02:41 PM
Giler punya boss!
Quote CaTtLeRaNcH 3-8-2017 03:19 PM
Jadilah bijak sikit takkan disuruh minum kau pon minum aje.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.116749 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top