Sebuah video yang menyaksikan beberapa pekerja bertindak meminum air di dalam mangkuk tandas menjadi tular di media sosial sejak dimuat naik ke dalam grup WeChat .
Memetik laporan Beijing News, kejadian menjijikkan itu membabitkan pekerja di sebuah studio fotografi yang bertempat di bandar Sichuan Guang'an.
Mereka dikatakan dihukum oleh pengurus syarikat kerana gagal mencapai sasaran kerja yang telah ditetapkan.
Rakaman video tersebut jelas kelihatan seorang pekerja lelaki dilihat mencedok air dari mangkuk tandas dan memeriksanya beberapa kali sebelum minum air tersebut.
Manakala, seorang pekerja wanita pula minum air itu tanpa sebarang rasa ragu-ragu.
Selepas menjalani hukuman itu, salah seorang pekerja wanita mengadu mengalami cirit birit dan tidak dapat makan nasi serta akan muntah-muntah.
Difahamkan individu yang merakam video kejadian itu telah ditahan polis dan direman selama empat hari untuk membantu siasatan.
Bagaimanapun, pengurus syarikat terbabit mendakwa video tular itu bukan dirakam di pejabat mereka dan menegaskan hukuman itu dikenakan semata-mata untuk meningkatkan motivasi pekerjanya agar bekerja lebih keras. - CARI
Post time 3-8-2017 12:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ini bukan kali pertama majikan China menghukum pekerja dengan cara yang tidak masuk akal.
Tapi yang ini sungguh menjijikkan.
Banyak jauh beza majikan China berbanding majikan di Barat.
Banyak syarikat China tidak menghormati hak-hak pekerja atau hak asasi manusia, mungkin disebabkan oleh pengaruh pemerintahan komunisme di China.
Di Barat, syarikat-syarikat di sana amat menitikberatkan hak pekerja dan pekerja boleh mendapat banyak manfaat syarikat.
Namun, kebelakangan ini banyak syarikat China mula mengikut cara atau konsep di barat di mana hak pekerja diambil berat. Namun, cuma syarikat-syarikat besar sahaja yang buat, contohnya Alibaba, Tencent, Baidu, BYD, Huawei, sektor perbankan dan IT.
Semoga syarikat-syarikat lain juga ikut langkah yang sama.
Kepada majikan, tahu lah korang nak untung, tapi jangan lah mengetepikan hak-hak pekerja korang tu! Pekerja merupakan aset paling bernilai untuk sesebuah syarikat.
Post time 3-8-2017 12:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau China masih ikut stail kuno dan kejam seperti ini, dunia susah nak terima China sebagai super power akan datang.
Jangan kata firma China, kerajaan China pun tidak menghormati negara-negara jiran.
China dan AS, sama saja setan.
Alahai Spiderman80, bukanlah semua syarikat China macam tu, berfikiran waras sikit, jangan cepat menghukum, walau bagaimana pun, zaman sekarang semua orang macam mana pun kena bekerjasama dengan syarikat China kerana mereka duit banyak.
Tengok saja filem blockbuster Hollywood yang menelan belanja tinggi tu, semua diterbit bersama Syarikat Perfileman China. Ini fakta yang realistik, tak boleh nak mengabaikan.
Negara kita pun boleh dikatakan semua mega projek dikuasai pelabur China. Tak percaya boleh pergi ke KL tengok semua pembinaan mega di sekitar KL diterajui pelabur China, ini hanya kerana mereka duit banyak.
Jangan membuat mereka tersinggung perasaan, kang mereka tarik balik semua mega projek, menangis PM kita.
Post time 3-8-2017 01:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bodohnya la hai.. Sapa suruh minum gak
Patutnya ms bos tu paksa ko minum air jamban, ko terajang la bos tu sekuat hati smpi patah tulang rusuk dia.. Lps tu ko hentak dia supaya ada internal bleeding dan kecederaan organ dlmn
Lps tu baru ko blah
Plis la jgn jd bodoh sgt mcm acik kepam