Berita berikut wajar dijadikan ikhtibar buat semua pemancing tegar semasa membaling mata kail ke laut agar lebih berhati-hati. Baru-baru ini, seorang pemancing berdepan detik yang amat menakutkan apabila matanya dicucuk sebentuk mata kail. Memetik laporan Mail Online, kejadian itu yang berlaku di Sepanyol sempat dirakamkan oleh pasukan perubahan sebuah hospital yang menunjukkan detik-detik mata kail berkenaan dikeluarkan. Dalam rakaman itu, pakar perubatan menitikkan cecair ke dalam mata sebagai persediaan untuk membuang mata kail itu. Logam nipis telah dimasukkan ke dalam selaput bola mata untuk menggerakkan mata kail itu.
Doktor kemudian menggunakan penyepit untuk memegang mata kail dan perlahan-lahan mengeluarkannya. Kemudian, mereka menggunakan perkakas lain untuk menempatkan semula iris ke tempat asalnya. Jarum nipis dan benang digunakan untuk menjahit bahagian yang terkoyak di tempat mata kail itu masuk. Jahitan kecil dapat dilihat di hujung iris hijau milik lelaki itu di bahagian matanya dirawat. Difahamkan, luka berkenaan tidak menjejaskan penglihatan lelaki berkenaan. Identiti dan lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.- CARI
|
22
Bagus |
4
Marah |
11
Terkejut |
12
Sedih |
12
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT