CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemancing kantoi dirakam CCTV tika mancing di darat !

20-7-2013 11:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6770| Komen: 19

Description: ALOR GAJAH - Seorang penganggur akhirnya berjaya ditahan polis kelmarin setelah taktik mengail duit dari tabung sebuah masjid di Kuala Sungai Baru di sini, berjaya dirakam melalui kam ...
20 Julai 2013

ALOR GAJAH - Seorang penganggur akhirnya berjaya ditahan polis kelmarin setelah taktik mengail duit dari tabung sebuah masjid di Kuala Sungai Baru di sini, berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).
        
        Penahanan lelaki berusia 28 tahun itu sekaligus menjawab persoalan siapakah yang sering mencuri wang derma di dalam tabung berkenaan selepas kejadian disedari pengurusan masjid sejak awal bulan lalu.
        
        Menurut sumber, pihak pengurusan masjid kemudian membuat laporan polis sebelum siasatan lanjut terhadap rakaman CCTV dilakukan dan mengesan suspek mengail wang menggunakan lidi dan benang.
        
        “CCTV juga berjaya merakam suspek bukan sekali malah beberapa kali mengail duit di dalam tabung masjid dengan lidi dan benang.
        
        “Setelah CCTV itu berjaya diproses, akhirnya suspek berjaya dikesan dan penangkapan dilakukan di rumahnya di Kuala Sungai Baru kira-kira jam 4 petang semalam (kelmarin),” katanya.
        
        Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Suprintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan turut mempercayai suspek terlibat beberapa kes di daerah itu.
        
        “Kami percaya, penangkapan suspek membantu menyelesaikan beberapa kes curi membabitkan wang tabung masjid di sekitar daerah ini,” katanya.
        
        Beliau berkata, suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula semalam untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 379 /511 Kanun Keseksaan.#


8

Bagus
2

Marah
7

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jfq 20-7-2013 11:40 AM
Video cctv tarak  ke
Quote tongkatwaran75 20-7-2013 11:48 AM
jfq posted on 20-7-2013 11:40 AM
Video cctv tarak  ke

tunggu sbln,  baru upload u tube...

Quote Muntz 20-7-2013 11:53 AM
Takder ker org2 masjid yg inovatif sikit cipta tabung yg susah nak dicuri?
Quote tongkatwaran75 20-7-2013 11:56 AM
[youtube]YOS2XZ_ws9Q[/youtube]
Quote tongkatwaran75 20-7-2013 11:59 AM
[youtube]Mgmsf3rPka8[/youtube]
Quote pakwetizzaqyah 20-7-2013 02:19 PM
mengail duit??
Quote sepiITUindah 20-7-2013 02:38 PM
Muntz posted on 20-7-2013 11:53 AM
Takder ker org2 masjid yg inovatif sikit cipta tabung yg susah nak dicuri?

mesin ATM tu dah sehabis canggih pun tewas ditangan pencuri

Quote TanSriJess 20-7-2013 03:01 PM
alahai...brapa hengget jer dapat?
Quote tongkatwaran75 20-7-2013 03:15 PM
cukup la buat beli makanan berbuka puasa...
Quote Gegancu 20-7-2013 03:25 PM
sepiITUindah posted on 20-7-2013 02:38 PM
mesin ATM tu dah sehabis canggih pun tewas ditangan pencuri

pencuri ke perompak..?

dua definisi berbeza
Quote noor2 20-7-2013 03:42 PM
tongkatwaran75 posted on 20-7-2013 11:56 AM

jahat giler dia nih...

Quote boyagombak 21-7-2013 12:19 PM
Pengail wang harus dipotong tgn
Quote budakgraphic 22-7-2013 12:25 PM

Hehehe, ingatkan alim sebab selalu gi masjid, rupa2nya... hahaha!!!
Quote kivio 22-7-2013 01:25 PM
vids or didnt happen
Quote mizkajura 22-7-2013 03:35 PM
gi mesjid n surau bkn nak gi solat tapi mengail la pulak....
Quote PerKasa 22-7-2013 03:48 PM
takpe dah rezeki dia

doakan je moga dia insaf

dan dapat berbakti kat surau satu hari nanti

Quote alladeen 22-7-2013 03:55 PM
adehhh kantoi la pulak..xde rezeki kali ni
Quote mahmoode 22-7-2013 04:16 PM
tongkatwaran75 posted on 20-7-2013 03:15 PM
cukup la buat beli makanan berbuka puasa...

pencuri pon reti gak puasa...syukurr.....
Quote gaara_X 22-7-2013 04:19 PM
masa muda sure hebat memancing nie.....pemancing tegar...aahks!!

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.085197 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top