Setiap kali musim perayaan, kaum wanitalah yang paling sibuk membuat persiapan. Bermula dari membeli barang keperluan rumah, pakaian raya, sehinggalah aksesori perhiasan diri, semuanya diambil kira agar dapat menyerlahkan lagi keanggunan diri di pagi Syawal.
Kalau sentuh tentang aksesori perhiasan diri wanita, memang terlampau banyak dan salah satu yang menjadi trend sekarang adalah melukis inai atau henna di telapak tangan mahupun di mana-mana anggota tubuh. Namun suka diingatkan, wanita perlu berhati-hati dalam memilih corak yang sesuai kerana dikhuatiri ukiran henna seperti Dreamcatcher akan merosakkan akidah seseorang.
Dreamcatcher merupakan perhiasan kayu berbentuk lingkaran bulatan yang dihiasi jaring dan bulu-bulu burung, digunakan penduduk pribumi Amerika (American Indians) bagi melindungi seseorang daripada mengalami mimpi buruk ketika tidur. Bukan sekadar kata-kata kosong, perkara ini sudah dijelaskan oleh Mufti Kelantan sendiri iaitu Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Kalau perasan, ramai juga wanita di Malaysia yang memilih ukiran henna seperti ini kerana dirasakan unik dan menarik bila dipandang. Walaubagaimanapun, corak seperti ini boleh menimbulkan kekeliruan kerana mempunyai ciri persamaan dengan kepercayaan agama lain. Jadi buat wanita di luar sana, jangan terlampau teruja nak menyambut hari raya dengan melukis henna begini ya. -CARI
|
21
Bagus |
23
Marah |
15
Terkejut |
54
Sedih |
12
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT