Setiap kali keluar mengembara, pastinya kita akan menemui keunikan pada sesebuah negara yang tidak mungkin akan dijumpai di tempat lain.
Bukan hanya dari segi pemandangan atau bangunannya, setiap negara mempunyai kenderaan atau alat pengangkutan khas yang digunakan untuk mengangkut penumpang. Kalau di Malaysia sendiri kita ada beca yang selalunya menarik ramai pelancong untuk menaikinya, begitu juga dengan beberapa negara di dunia ini. Jom tengok! 1. Kereta buluh, Kemboja Uniknya kereta ini kerana ianya diperbuat daripada batang buluh. Negara ini sebenarnya ketinggalan dari kemajuan teknologi namun itulah yang membuatkannya istimewa kerana masih ada lagi kenderaan tradisinal seperti ini. Kelajuannya cuma 40 km per jam.
2. Barco de Totora, Peru Kalau yang ini memang sangat menakjubkan kerana melihat dari bentuknya sahaja kita sudah tahu ianya lain dari yang lain. Barco de Totora ini digunakan untuk menghantar penduduk setempat menyeberang sungai. Ianya adalah sebuah kapal kecil yang diperbuat dari sejenis rumput yang dipanggil 'cogon grass' dan dibentuk menjadi seperti naga. 3. Teksi Coco, Cuba Bagi anda yang berkesempatan mengunjungi Havan, Cuba jangan lupa menaiki teksi ini. Kenderaan ini dinamakan Coco kerana bentuknya yang menyerupai kelapa (coconut). Boleh membawa dua penumpang dalam satu masa dan harganya juga jauh lebih murah. 4. Basikal Bir, Amsterdam Pernah tak membayangkan berbasikal sambil minum bir? Amsterdam sendiri menjadikannya sebagai kenyataan kerana kenderaan ini membolehkan anda duduk sambil menngayuh dan meneguk minuman. 5. Tuk-Tuk, Thailand Thailand memang dikenali dengan julukan 'syurga dunia' kerana pemandangannya yang indah serta barangan dan kemudahannya yang murah.Paling terkenal adalah Tuk-Tuk yang menjadi alat pengangkutan istimewa di sana kerana harganya yang murah, selain sangat seronok semasa menaikinya. Jadi ayuh semua, kita cuba kenderan-kenderaan unik ini. Mana satu agaknya yang paling teringin nak naik? -CARI
|
29
Bagus |
20
Marah |
40
Terkejut |
23
Sedih |
27
Lawak |
35
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 29-5-2017 05:44 PM
akak nak buat basikal metaphatamine
airisa replied at 30-5-2017 10:06 AM
dah naik tuk tuk di thailand and cambodia ... diorg ni memang terer merempit
naik tuktuk di sri ...
Nokiaman replied at 30-5-2017 12:07 PM
mimpikan je laa..
mampukah hang pi Peru?
Duit kapai terbang pon da cecah 10K
ADVERTISEMENT