CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Seksa Tahan Lapar Berpuasa? Susu Kocak Kurma Boleh Tolong

29-5-2017 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7239| Komen: 25|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pastinya penuh di media sosial dengan tips-tips serta nasihat yang berguna untuk dijadikan panduan dalam menjalani ibadah puasa.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pastinya penuh di media sosial dengan tips-tips serta nasihat yang berguna untuk dijadikan panduan dalam menjalani ibadah puasa.

Apa yang pasti, tidak pernah sekali pun kurma ketinggalan sebagai bahan yang penuh dengan kebaikan untuk membantu tubuh menahan lapar dan dahaga.

Umum mengetahui, kurma bukan sahaja memberikan tenaga segera kerana kaya dengan serat dan potassium, malah ianya terbukti baik untuk wanita yang sedang mengandung, baik untuk kesihatan jantung, tulang serta membantu merawat masalah usus.

Foto: www.kojaro.com
Bukan kurma sahaja yang menjadi buruan ketika di bulan mulia ini, malah oat juga sama kerana kandungan kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E yang ada di dalamnya sangat baik untuk tubuh badan.


Jadi bagaimana jika kedua-dua bahan ini digabungkan sekali untuk menghasilkan susu kocak kurma yang bukan sahaja lazat, tapi mengenyangkan untuk tempoh waktu yang panjang!

Foto: floraandvino.com
Bahan-bahan
7-10 biji kurma (apa-apa jenis mengikut citarasa anda)
1 cawan air kosong
2 cawan susu segar (full cream atau low fat - mengikut citarasa)

Bahan-bahan opsyen
- Madu
- Oat
- Kacang badam / gajus
- Kismis
- Buah tin
- Pisang
- Serbuk milo / koko / kopi
- Serbuk kayu manis
- Ketulan ais
- Aiskrim vanila

Cara-cara
1. Belah kurma dan keluarkan bijinya.
2. Rendam isi kurma dalam air kosong semalaman. Sekiranya anda tidak mahu menunggu lama, boleh gantikan air kosong dengan air panas dan rendamkan kurma antara 10-15 minit.
3. Tuang kurma berserta air rendaman ke dalam pengisar dan masukkan sekali susu segar.
4. Kisar sehingga hancur bersama bahan-bahan opsyen seperti oat.
5. Tuangkan ke dalam gelas dan boleh disejukkan terlebih dahulu atau dihidangkan terus.

Foto: Carian Internet
Resipi ini boleh dijadikan penggalak susu bagi ibu-ibu yang menyusukan anak juga ya. Selain sesuai untuk mereka yang berdiet, susu kocak kurma ini menjadi pilihan yang sangat tepat ketika bulan puasa.

Selamat mencuba! -CARI

Kredit resipi: Iluminasi.com
22

Bagus
18

Marah
15

Terkejut
16

Sedih
17

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote estrelle 29-5-2017 03:40 PM
My peberet nih.yummmehh.
Quote JeepersCreepers 29-5-2017 03:46 PM
Nak cuba..bole kurangkan gastrik jugak kot
Quote missDollie 29-5-2017 03:50 PM
Wow penggalak susu..I want!!
Quote Zasss777 29-5-2017 04:19 PM
Saya lebih rela mkn kurma dan susu berasingan.
Quote kiambang 29-5-2017 04:34 PM
Walaupun sedap .. malas nak blend ...
Quote tompie 29-5-2017 05:02 PM
Aku beli susu kurma farm fresh... memang terbaik....
Quote Felycya 29-5-2017 05:49 PM
Nyum.. Nyum.. Nyum...

Blend kasar sekali ngan ais, aiskrim coklat, kit kat, kacang hazel..
Quote pearl.silver 29-5-2017 08:17 PM
Zasss777 replied at 29-5-2017 04:19 PM
Saya lebih rela mkn kurma dan susu berasingan.

Nape awk..
Susu blend kurma xsedap ke..
Baru je nk try..byk resepi org buat..
Quote irlene_hana 29-5-2017 08:26 PM
Susu kurma farm best  tekak aku rasa mcm minum susu + gula melaka.. mmm so so je la. Skrg minum susu n kurma asing ja
Quote Zasss777 29-5-2017 09:37 PM
pearl.silver replied at 29-5-2017 08:17 PM
Nape awk..
Susu blend kurma xsedap ke..
Baru je nk try..byk resepi org buat..

Eh bukan. Actually i mmg tak suka yg jenis jenis blend mcm milkshake. Susah nak telan. Tapi yg suka tu mmg ok je. Sebab tu i rela mkn berasingan.
Quote pearl.silver 29-5-2017 10:06 PM
Zasss777 replied at 29-5-2017 09:37 PM
Eh bukan. Actually i mmg tak suka yg jenis jenis blend mcm milkshake. Susah nak telan. Tapi yg suk ...


Oh yeke..
Dah rendam kurma mlm ni..sok pg blend ngn susu..mau tekejut org dgr bunyi blender sebelum subuh  
Dah 2x sahur just buat overnight oat dgn kurma n raisin..harini oat abes plak..
Quote mochi1098 29-5-2017 11:39 PM
Memula blend siap2 malam tu. Buh dlm peti ais. Mcm tekejut tekak mnum sejuk subuh buta. now rendam malam. Blend masa nk sahur tu. Buat suam2 best hoi..cargas ja
Quote alesandra 29-5-2017 11:46 PM
Edited by alesandra at 29-5-2017 11:52 PM

byk sgt ingredients .mcm2 rase ada.aku minum susu dgn mkn kurma je dah.lagipun malas ....subuh2  buta tu...kalau ada gastrik aku tgk kat program dr oz buat smoothie pisang campur madu,vanilla yogurt.agak mujarab.tapi tula malas ..kalau prepare mlm awal2 nanti tak sedap pulak
Quote yayah8989 30-5-2017 12:34 AM
sedap n kekal bertenaga  sepanjang hari   
Quote Ayda89 30-5-2017 08:02 AM
Dah beli, balik ni nak buat untuk sahur esok, jangan termuntah sudeh heheheh
Quote sabar_sabariah 30-5-2017 08:23 AM
tompie replied at 29-5-2017 05:02 PM
Aku beli susu kurma farm fresh... memang terbaik....

saya dah pernah rasa susu kurma farm fresh
sedap tp bagi saya terlalu manis
kalau buat sendiri ni rasa manis semulajadi
nak lebih manis, campurkan lebih byk kurma
lagipun menjimatkan
Quote sabar_sabariah 30-5-2017 08:30 AM
alesandra replied at 29-5-2017 11:46 PM
byk sgt ingredients .mcm2 rase ada.aku minum susu dgn mkn kurma je dah.lagipun malas ....subuh2  but ...

buat malam pastu simpan dlm peti ais
sedap jugak
kalau lepas blender terus minum
rasa dia agak muak sikit
jadi memang saya simpan semalaman

Quote shiedafaizal 30-5-2017 08:51 AM
Zasss777 replied at 29-5-2017 04:19 PM
Saya lebih rela mkn kurma dan susu berasingan.

sama beb...malas nk blend bagai..hahahaha
Quote plja2117 30-5-2017 10:07 AM
Sedap..tiap hari buka puasa minum ni. Blend ais, kurma, fresh milk. Tengok orang promote susu kurma dekat fb..2 litre rm22! Mahalnyaaa..kitorang sekali minum lebih separuh litre. 2 litre tahan 2-3 hari je.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.144408 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top