Tidak memakai topi keledar semasa menaiki motosikal, mufti Wilayah Persekutuan meminta maaf kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Memetik laporan Mstar, permohonan maaf dibuat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kerana tidak mahu terperangkap dalam kesesakan jalan raya ketika dalam perjalanan ke program cerapan anak bulan di Menara Kuala Lumpur, petang kelmarin. “Sebenarnya kami terlibat dalam program cerapan anak bulan Ramadhan di Menara Kuala Lumpur." “Memandangkan jalan raya agak sesak dan tidak mahu menyusahkan penganjur dan kelancaran majlis dek terperangkap dalam jalanraya, keputusan diambil untuk membonceng motosikal ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Dr Zulkifli memuat naik gambarnya sedang membonceng motosikal ketika meredah kesesakan jalan raya, namun pemandunya kelihatan memakai topi keledar putih. “Justeru kami ingin melafazkan permohonan maaf kepada pihak PDRM dan JPJ atas tindakan ini. Diharapkan tidak timbul salah faham atas tindakan yang telah dilakukan,” katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron berkata mengikut undang-undang jalan raya, seseorang itu dikecualikan memakai topi keledar atas faktor agama. “Selagi ia dibenarkan maka bukan menjadi isu. Tiada masalah bagi mereka (memakai serban) untuk tidak memakai topi keledar, sekiranya ada kaitan dengan kepercayaan dan keagamaan." “Kalau nak pakai topi keledar dan nak buka (serban), terpulang kepada kesedaran masing-masing sekiranya merasakan pemakaian topi keledar itu lebih selamat,” katanya. Mengikut Kaedah-kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975 di mana kelonggaran diberikan kepada mereka yang memakai serban seperti haji, lebai dan kaum Sikh. - CARI |
18
Bagus |
22
Marah |
14
Terkejut |
20
Sedih |
14
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Maideen. replied at 27-5-2017 03:33 PM
Forumners pon paham paham lah. Tok mufti tu dah cakap dah dia nak cepat tengok anak bulan kat KL ...
Percival replied at 27-5-2017 04:17 AM
Tapi pakai serban kan. Dalam buku jpj pengecualian bagi 1. Singh 2. Lebai
pyropura replied at 27-5-2017 04:09 AM
Tak pakai helmet ni sama kesalahan nya dengan parking kereta block jalan kan
Mary_Vedder replied at 27-5-2017 03:40 PM
Akhlak yang terbaik perlu dicontohi. Mufti sedar peranan beliau yg sepatutnya jadi contoh kpd masyar ...
Decaffeinated replied at 27-5-2017 04:38 PM
baru nak kata.....
ada rujukan rasmi tak?....
Decaffeinated replied at 27-5-2017 04:43 PM
tak pakai helmet ni setakat membahaya kan diri ja.... parking kereta block jalan tu menyusahkan or ...
Maideen. replied at 27-5-2017 03:33 PM
Forumners pon paham paham lah. Tok mufti tu dah cakap dah dia nak cepat tengok anak bulan kat KL ...
Decaffeinated replied at 27-5-2017 04:43 PM
tak pakai helmet ni setakat membahaya kan diri ja.... parking kereta block jalan tu menyusahkan or ...
ADVERTISEMENT