Sekurang-kurangnya 26 penganut Kristian Koptik maut, manakala 25 lagi dilaporkan cedera selepas bas yang membawa mereka diserang sekumpulan lelaki bersenjata di tengah Mesir, kelmarin. Memetik laporan CNN, mereka dalam perjalanan dari wilayah Minya ke gereja St Samuel, 135 kilometer di selatan Kaherah, ketika diserang berdekatan balai polis Adwa di sempadan antara Minya dan Beni Suef. Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. Bagaimanapun, militan IS dilaporkan sering menyasarkan Kristian Koptik sejak beberapa bulan lalu. Dua pengeboman bunuh diri dilakukan di gereja Palm Sunday di Alexandria dan Tanta pada 9 April lalu mengorbankan 46 orang.
Satu lagi serangan bunuh diri berlaku di sebuah gereja pada Disember lalu membunuh 29 orang, manakala komuniti Kristian meninggalkan bandar el-Arish di utara Semenanjung Sinai selepas beberapa siri serangan pada Februari lalu. Dalam kejadian hari ini, bas yang menyertai satu konvoi kecil membawa penganut Kristian Koptik itu berhenti di tepi jalan padang pasir berhampiran balai polis Adwa, sempadan antara Minya dan wilayah Beni Suef. Di antara lapan hingga 10 lelaki bersenjata automatik memakai pakaian tentera menembak ke arah konvoi terbabit, sebelum melarikan diri dengan kenderaan pacuan empat roda, kata saksi. Laporan menyebut antara mangsa itu termasuk kanak-kanak.- CARI |
8
Bagus |
10
Marah |
4
Terkejut |
9
Sedih |
6
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Lobai+Astaga replied at 27-5-2017 05:12 AM
Egyptian planes bomb Libyan jihadi training camps after at least 28 people, including children, we ...
kelapaparut replied at 27-5-2017 11:55 AM
Mcm puak2 islamist kat msia tp yg kat msia ni jinak sket, yg kat egypt ni wild animals
kelapaparut replied at 27-5-2017 07:55 PM
Mcm puak2 islamist kat msia tp yg kat msia ni jinak sket, yg kat egypt ni wild animals
Maideen. replied at 27-5-2017 08:53 PM
Salam semua,
Setiap kali puak Coptic Christians di bunoh dan di zolimi oleh orang orang beriman d ...
Lobai+Astaga replied at 27-5-2017 09:16 PM
boleh download movie tu kat mana?
Maideen. replied at 27-5-2017 09:40 PM
Hang nak download buat apa? nak kena balon dengan kon oleh pejuang Isle?
Lobai+Astaga replied at 27-5-2017 11:29 PM
takutnya...... terus rasa nak bertaubat
Maideen. replied at 28-5-2017 05:24 PM
Lobai kata itu maknanya hang dah dapat hidayah.....
ADVERTISEMENT