CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Identiti Penyerang Bersenjata Di Kelab Gay Orlando Telah Dikenali Pasti

13-6-2016 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3868| Komen: 4

Description: Menurut laporan rangkaian televisyen tempatan semalam, lelaki bersenjata yang menyerang sebuah kelab gay dekat sini, sudah dikenal pasti sebagai warga Amerika Syarikat berketurunan Afghanistan.
Oleh : TS LOO




sumber foto: google image



Memetik sumber penguatkuasaan undang-undang, CBS News semalam, lelaki bersenjata yang menyerang sebuah kelab gay dekat sini, sudah dikenal pasti bernama Omar Mateen dan merupakan sebagai warga Amerika Syarikat berketurunan Afghanistan. 

CBS News turut melaporkan Mateen yang dilahirkan pada 1986 dan menetap di Port St Lucie, Florida terbunuh dalam pergelutan dengan polis selepas cubaan membebaskan tebusan. 


Pihak berkuasa sedang menyiasat jika dia mempunyai kaitan dengan kumpulan pelampau, bagaimana pun, siasatan awal polis mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah.
 
Sementara itu, calon Republikan, Donald Trump mendakwa kejadian tembakan terbaharu di Orlando dilakukan militan Islam dan menuntut agar Presiden Barack Obama meletakkan jawatan manakala calon Demokrat, Hillary Clinton keluar dari persaingan pilihan raya presiden. 

Awal hari ini, Trump menerusi Twitternya berkata, kejadian serangan ke atas pesta gay di sebuah kelab malam di Orlando itu membuktikan beliau adalah betul mengenai amarannya berhubung pengganas radikal Islam.- CARI Infonet





Sumber :  AFP
40

Bagus
18

Marah
5

Terkejut
18

Sedih
12

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minah_kidal 14-6-2016 10:46 AM
alahai donald trump ni sket2 nak salahkan islam sket2 nak salahkan bangsa lain.
Quote edee_91 26-9-2016 10:32 PM
minah_kidal replied at 14-6-2016 10:46 AM
alahai donald trump ni sket2 nak salahkan islam sket2 nak salahkan bangsa lain.

kira oklah dia tak salahkan takdir.
Quote tripleid 27-9-2016 01:58 AM
selayaknyalah klau en trump tak bagi masuk ummah fadang fasir ini masuk buat taik ke negara beliau
Quote Dwdrum 27-9-2016 04:29 AM
Poor fakta dari wartawan statement trump juga ambik tidak pula ambil statement dari fbi
Banyak sahaja bukti beliau itu related with extremist tidak mahu pula ambil

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.148208 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top