CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Buat Sarung Bantal Guna Kemeja-T Terpakai Sahaja, Tak Perlu Dijahit!

23-5-2017 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8943| Komen: 33|Original author: Oleh: Maly Rosli

Apa nasib kemeja-T anda yang sudah lama tidak digunakan atau sudah rosak? Yang pasti, kalau bukan ke tong sampah, ia pasti akan dijadikan kain mengelap, bukan?

Jika anda ada banyak kemeja -T terpakai di dalam almari anda, jangan terburu-buru dibuang! Anda tahu, ia sebenarnya ada kegunaan lain yang sangat bermanfaat buat anda dan keluarga.

Apa saja yang boleh dibuat dengan kemeja-T selain dibuat mengelap? Ada! Anda boleh buat sendiri (DIY) sarung bantal. 



Dan lebih menarik, anda tak memerlukan walau satu alatan menjahit untuk membuat sarung bantal ini, kecuali sebilah gunting!

Apa yang anda perlukan hanyalah sebiji bantal, kemeja-T terpakai dan sebilah gunting.



Cara membuatnya sangat mudah!

1. Gunting kemeja-T menjadi bentuk sesuai dengan bentuk dan saiz bantal.



2. Gunting setiap penjuru dan hujung sisi kain seperti dalam gambar.




3. Akhir sekali, ikat setiap bahagian yang digunting tadi menjadi tali yang berjurai. 


Foto: 5-Minute Crafts


Bagaimana, mudah saja kan? Tak perlu modal yang banyak dan anda boleh dapat sarung bantal yang sangat comel! Rasa nak peluk-peluk bantal tu. Kalau tengah leka, pasti jari anda ralit menggentel-gentel 'bulu-bulu' yang berjuntai-juntai. Memang menjimatkan. Selamat mencuba! - CARI
20

Bagus
24

Marah
21

Terkejut
17

Sedih
14

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harrypoter 23-5-2017 04:31 PM
pergh, jenuh ngikat tu
Quote mirandanicky1 23-5-2017 05:09 PM
Boleh buat arts craft ngan ank2 ni
Quote beautifulliar 23-5-2017 05:13 PM
Tak rajen lak nk buat sarung bantal bgai

Bju2 hat dh tak pkai aku buat kain lap je
Quote Artemesiaa 23-5-2017 06:12 PM
Tapi kena le guna baju t yang masih nampak cantik kalau yang dah lusuh tu elok buat kain buruk je le
Quote bianglala 23-5-2017 06:20 PM
ni kalau saiz baju M, bantal pun cinonet je la..
Quote binisupir 23-5-2017 06:31 PM
kreatif sangat !!!
Quote Zasss777 23-5-2017 10:04 PM
Rasa rasa berapa kekerapan nak basuh sarung bantal mcm ni? Huhuhu
Quote kotakbaju 23-5-2017 10:15 PM
Tapi jadi macam leceh pula kalau nak bukak sarung tu nak basuh. Jenuh kot nak bukak setiap ikatan tu, tambah2 kalau ikat mati. Lebih suka sarung bantal yang ada zip kalau untuk bantal kecik camni.
Quote swimswim 23-5-2017 10:28 PM
Doesn't make sense
Quote merrissa 23-5-2017 10:29 PM
penipu lahhhh....tshirt terpakai aku xde nya cantik gitu WAKKAKKAKKA

baik beli je sarung bantal....bosan beli baru lg...

#akuorangtakkreatifhehehe
Quote Felycya 23-5-2017 10:37 PM
kotakbaju replied at 23-5-2017 09:15 PM
Tapi jadi macam leceh pula kalau nak bukak sarung tu nak basuh. Jenuh kot nak bukak setiap ikatan tu ...

Pernah buat...
Tgk kt whi aritu terus korban sehelai baju tido ni..
Lepas tu nampak mcm dh lama comot malas nk bukak satu satu terus basuh sekali ngan bantal bantal campak dalam mesen.  
Lepas tu masuk dryer nasib baik elok je..  
Quote kotakbaju 23-5-2017 10:43 PM
Felycya replied at 23-5-2017 10:37 PM
Pernah buat...
Tgk kt whi aritu terus korban sehelai baju tido ni..
Lepas tu nampak mcm dh lama  ...

Bantal jenis apa tu? Yang span punya ke? Kalau bantal kekabu agak susah nak basuh dia.
Quote Felycya 23-5-2017 10:48 PM
kotakbaju replied at 23-5-2017 09:43 PM
Bantal jenis apa tu? Yang span punya ke? Kalau bantal kekabu agak susah nak basuh dia.

Xlah ala ala kekabu la u..
Cuma bila i selalu selalu sgt basuh dia macam makin kurus kempis pon ye jugak..
Ke sebab selalu kena hempap ke xtau la tu.
Quote WhiskeyScotch 23-5-2017 11:33 PM
Okeyh I memang tak rajin nak DIY DIY ni.
Quote Daisy_Putih 24-5-2017 12:11 AM
Kreatif. Tp jenuh la nak mengikat camtu
Quote trakea 24-5-2017 07:17 AM
Bantal pebende ? Itu kusyen la.
Quote makton 24-5-2017 07:31 AM
baju tak pakai aku buat lap dapor je
Quote kiambang 24-5-2017 07:40 AM
Aku buat alas kaki ... banyak sangat buang
Quote nisako 24-5-2017 07:58 AM
niceeeeeeeeeeee

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.089367 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top