Digantung seumur hidup daripada sebarang aktiviti sukan itu ke atas mana-mana pemain dan pegawai bola sepak yang didapati terlibat dalam mengatur keputusan perlawanan atau sebarang bentuk kelakuan yang berunsur rasuah.
Demikian yang dinyatakan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat Exco FAM yang pertama sejak jawatankuasa bagi penggal 2017-2021 di Kota Kinabalu kelmarin. Memetik laporan mstar,Tunku Ismail menjelaskan keputusan itu adalah antara sasaran baru Exco FAM untuk menangani gejala rasuah yang semakin menular dalam bola sepak negara. "Kami (FAM) akan melakukan yang terbaik dengan pihak berkuasa, sama ada polis atau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menangani masalah keganasan, mengatur perlawanan dan sebagainya. "Buat masa ini, jawatankuasa disiplin, jawatankuasa integriti dan semua lembaga disiplin perlu lebih tegas kerana saya tidak berkompromi apabila membabitkan rasuah," katanya.
SPRM juga akan diberi akses sepenuhnya untuk menyiasat secara menyeluruh ke atas semua persatuan bola sepak negeri dan kelab serta badan induk itu sendiri, bagi membantu FAM menangani rasuah bola sepak, tambah TMJ itu. Manakala penyokong pasukan yang terlibat dalam keganasan sewaktu perlawanan akan juga mengakibatkan pasukan mereka dipotong mata, berbanding hukuman denda kerana gagal mengawal penyokong mereka. -CARI |
5
Bagus |
31
Marah |
14
Terkejut |
17
Sedih |
23
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT