CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

TMJ Jadi Pilihan Meneraju FAM Melalui Undian BH Onlie

23-9-2016 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5289| Komen: 34

Description: Semalam, Berita Harian (BH) Online telah melakukan undian berhubung pilihan utama peneraju terbaru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di kalangan netizen, seperti mana yang dijangkakan, Tunku Mahkota ...
Oleh : TS LOO


sumber foto: internet


Semalam, Berita Harian (BH) Online telah melakukan undian berhubung pilihan utama peneraju terbaru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di kalangan netizen, seperti mana yang dijangkakan, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memperolehi undian paling tertinggi. 

Selain TMJ, dua lagi nama yang turut disenaraikan dalam undian itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala. 

Mengikut undian yang dibuka selama lebih 24 jam itu, Tunku Ismail menerima sebanyak 53 peratus atau 978 undi daripada keseluruhan 1846 undian yang dibuat oleh pengguna laman sosial Twitter. 


Fernandes pula mendapat sebanyak 720 undi atau 39 peratus manakala Jala memperoleh 148 undi atau lapan peratus daripada jumlah keseluruhan undian diterima oleh BH Online.- CARI


9

Bagus
13

Marah
23

Terkejut
16

Sedih
14

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 23-9-2016 04:50 PM
org johor undi?
Quote nikaido 23-9-2016 04:56 PM
bab2 undi,ketik like ni memang org J excited. tu sebab AF ,MLM yg pemenang berdasarkan undi selalu diorang menang
Quote no_el 23-9-2016 05:11 PM
Bagusla kalo tmj. Kalau dia boleh bw jdt jd johan afc. Rasa utk team malaysia mesti boleh dpt top asia dlm tempoh 5 thn. Dia tahu ape yg boleh mbantu utk bwk team ke pringkat tinggi. Aku sokong.

#teamperaktapisokongjemanamanayangbagus
Quote MengkuduMasam 23-9-2016 05:15 PM
yg bagus aku sokong jer....

tak kesah laa JDT tu  hauk ke ape... tp mngt style dia bagus...
Quote all4rez 23-9-2016 11:15 PM
Pasukan JDT yg sorang Johorianpun tarak.
Quote ultra78 23-9-2016 11:31 PM
Letaklah calon sesiapa pun. Calon tersebut akan nampak lebih berkaliber daripada presiden FAM sekarang.
Quote Inezkhalidi 24-9-2016 02:38 AM
ultra78 replied at 23-9-2016 11:31 PM
Letaklah calon sesiapa pun. Calon tersebut akan nampak lebih berkaliber daripada presiden FAM sekara ...

Yup... tepat sekali...
Quote Nokiaman 24-9-2016 07:46 AM
Bila nak tukaq niee?
Yg dok pegang jawatan sekarang taknak lepaskan legacy ka?
Quote axl_bach 24-9-2016 09:21 AM
no_el replied at 23-9-2016 05:11 PM
Bagusla kalo tmj. Kalau dia boleh bw jdt jd johan afc. Rasa utk team malaysia mesti boleh dpt top as ...

Kelab dgn skuad kebangsaan lain.... at least utk landskap bolasepak Malaysia nih....

Kekuatan TMJ yg ternmpk skang nih hanya duit dia,  beli abis player2 lokal yg ternama,  then beli playet import yg berkualiti......

Selagi JDT xmampu hasilkan local star dari akademi JDT,  sama jer TMJ amik alih FAM,  dari sudut kualiti pemain....

Quote sarahmirza 24-9-2016 09:21 AM
Tak kisahlah asal mana....
Asalkan bukan yang sekarang.
Quote deathacker 24-9-2016 06:09 PM
axl_bach replied at 24-9-2016 09:21 AM
Kelab dgn skuad kebangsaan lain.... at least utk landskap bolasepak Malaysia nih....

Kekuatan  ...

yup. mmg betul. aku sokong pendapat kau.duit bnyk, apa pun blh buat
Quote axl_bach 24-9-2016 06:26 PM
deathacker replied at 24-9-2016 06:09 PM
yup. mmg betul. aku sokong pendapat kau.duit bnyk, apa pun blh buat

Di kelab mmg duit is king...... bleh beli best local player, plus import yg cekang2...... tp bila pegang FAM hasil xkan dpt semudah memborong player di kelab.......

Nnt akan kelaut gak HM under TMJ....

Tp in term of pengurusan mungkin akan jadi lebih baik,  tp utk fast result n impact kpd skuad HM,  aku x nmpk any better dari skang
Quote rukia2 24-9-2016 07:37 PM
bukn yg skarg nih pun susur galur tmj gak ek?
Quote langit_biru18 24-9-2016 07:53 PM

Org Johor ngundi??? kahkahkah lawaknya ko nie..org johor lagi x hingin tmj jadi presiden FAMB so jangan nak prasan okay
Quote TuntungReturn 24-9-2016 08:03 PM
langit_biru18 replied at 24-9-2016 07:53 PM
Org Johor ngundi??? kahkahkah lawaknya ko nie..org johor lagi x hingin tmj jadi presiden FAMB so j ...

kahkahakaahak..org negeri mana undi tmj?                     
Quote c===8 24-9-2016 08:30 PM
beta bukan takmau lepaskan jawatan presiden fam tapi byk lagi yg beta perlu lakukan demi kemajuan HM  

biasa dgr tak?
Quote ResellerMaxis 24-9-2016 08:34 PM
langit_biru18 replied at 24-9-2016 07:53 PM
Org Johor ngundi??? kahkahkah lawaknya ko nie..org johor lagi x hingin tmj jadi presiden FAMB so j ...

Xyah nak sembang kencang sangat bro..mulut kata xnak..tapi hati memang nak..haha
Quote ResellerMaxis 24-9-2016 08:41 PM
axl_bach replied at 24-9-2016 09:21 AM
Kelab dgn skuad kebangsaan lain.... at least utk landskap bolasepak Malaysia nih....

Kekuatan  ...

1. Kejayaan menjuarai Liga Super Malaysia tiga kali berturut-turut adalah kejayaan yang paling istimewa bagi saya di antara kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh pasukan ini sejak saya mengambil alih JDT pada tahun 2013. Ia adalah sesuatu yang telah saya rancangkan dari tahun 2015, bahawa JDT akan menjadi pasukan pertama memenangi Liga Malaysia untuk tiga kali berturut-turut.

-----

2. Sewaktu saya memecat Bojan Hodak pada tahun 2015, ramai penyokong termasuk penyokong luar asyik memberikan soalan dan tentangan mengapa jurulatih yang telah membawa dua piala kejayaan kepada JDT dipecat? Jadi pada hari ini saya rasa, saya tidak perlu memberi jawapan mengapa, anda sendiri boleh lihat.

-----

3. Tiada sesiapa yang mengesyorkan Mario Gomez kepada saya. Saya sendiri pergi ke Argentina untuk berjumpa dengannya selepas menyaksikan perlawanan antara South China dan pasukan Pahang. Selepas South China berjaya mengalahkan pasukan Pahang, saya minta agen saya untuk menetapkan pertemuan antara saya dan Mario di Argentina. Beliau bukan hanya seorang jurulatih untuk jangka masa pendek tetapi beliau adalah jurulatih untuk jangka masa panjang.

-----

4. Saya telah menghantar ramai jurulatih kelahiran Johor yang kini sedang berada di Sepanyol, Jerman dan juga di Jepun kerana pada suatu hari nanti jika kita sudah belajar segala kemahiran yang ada, barulah kita akan ada jurulatih tempatan yang bukan sahaja menerima ilmu dari luar negara tetapi bakal menjadi jurulatih untuk pasukan JDT satu hari nanti. Itu perancangan saya.

-----

5. Berkenaan memanggil pemain yang sudah bermain di luar negara untuk berkhidmat untuk skuad kebangsaan, saya tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Mereka bermain di kelab yang lebih baik dan ianya patut diteruskan kerana mereka menerima pendedahan yang lebih baik. Sebelum kita memberi pandangan atau cadangan, kita perlu lihat dahulu di mana kedudukan kita. Tengok cermin, dan cermin muka masing-masing dahulu.

------

6. Saya sering mendidik pemain-pemain di akademi agar tidak menetapkan sasaran mereka sekadar untuk bermain di JDT, tetapi tetapkan sasaran untuk bermain di kelab Eropah. Kerana sebaik mereka kembali, mereka bukan sahaja akan membantu kelab JDT tetapi secara tidak langsung membantu pasukan kebangsaan. Itu adalah perancangan saya sejak dahulu lagi.

------

7. Memenangi Piala AFC adalah kejayaan tertinggi, tetapi ia bukan dalam perancanan saya. Ia adalah bonus kerana niat saya hanyalah untuk bertanding dalam Piala AFC pada setiap tahun. Apa sahaja yang saya lakukan, saya mahu menjadi pasukan yang pertama dalam negara melakukannya. Contohnya seperti tahun lepas, saya mahu menjadi kelab pertama yang melepasi peringkat suku akhir Piala AFC. Alhamdulillah ia menjadi kenyataan dan rezeki kita apabila berjaya menang Piala AFC.

------

8. Perancangannya selepas habis musim liga dan Piala AFC, pemain-pemain akan dihantar ke Sepanyol untuk perlawanan pra-musim. Saya akan bawa pemain ke Valencia dan Atletico Madrid. Dan daripada situ kami akan balik, kerana kami mendapat jemputan daripada Buriram, Thailand yang akan menanggung semua kos untuk kami bermain perlawanan persahabatan dengan mereka dan untuk mengadakan perhubungan kolaborasi antara Buriram dan JDT.

------

9. Di JDT, polisi dan falsafah yang ditetapkan oleh kelab adalah mudah, iaitu untuk sentiasa menjadi yang pertama dan menjadi peneraju dalam segala aspek sama ada di dalam dan juga di luar padang.

------

10. Saya ingin berterus terang, bukan kerana disebabkan angkuh atau mahu berlagak, tetapi saya adalah orang paling sesuai untuk mengubah bola sepak tanahair. Bukan mahu cakap besar, tetapi saya tahu saya mempunyai formula dan formula itu telah berjaya dalam JDT.


bro baca point ke 10 tu..amacam??kencang x sembang tu??

pada aku lah..why not bagi chance pada TMJ..it couldnt be any worse than what we are.
Quote ResellerMaxis 24-9-2016 08:57 PM
axl_bach replied at 24-9-2016 09:21 AM
Kelab dgn skuad kebangsaan lain.... at least utk landskap bolasepak Malaysia nih....

Kekuatan  ...

Aku tengok kat tv9 perkenalkan player jdt..semua rambut/janggut ada color color..biru, putih, silver n perang..

Kecuali player import..

Kalau tmj jadi presiden fam..boleh ar tradisi ni diteruskan ke pasukan kebangsaan..hehe

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.083931 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top