CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual- KKM

24-3-2017 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 25350| Komen: 188|Original author: mieymiey

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual, merkuri, hydroquinone dan tretinoin yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antaranya termasuk : 

1) Moleek Day Cream
2) Adel Miracle Flawless Serum
3) Ah Beauty Night Cream yang mengandungi merkuri
4) Ndz UV Whitening (hydroquinone)
5) Snow Cream Normal
6) Snow Cream Sensitif
7) Dnars Nar Cream - Sensitif
8) Ellfie Night Cream (hydroquinone dan tretinoin). 


Berikutan pengesanan bahan beracun berjadual itu, notifikasi produk-produk kosmetik tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. 

Jelas Dr Noor Hisham, produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. 


Manakala bagi produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri, ia boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. 

Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik yang terlibat dinasihatkan menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers. 

Penjual dan pengedar produk-produk terlibat diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk tersebut dengan serta-merta.

Penjualan dan pengedaran produk-produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.- CARI

sumber foto: http://www.thereporter.my


8

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuralisa 23-3-2017 10:47 AM
Ah Beauty Night Cream  <<<   lagi sendu
Quote samasam90 23-3-2017 10:47 AM
mieymiey replied at 23-3-2017 02:45 AM
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan lapan produk kosmetik dikesan mengandungi racun ...

khuenzzzz. dah la sendu, buat hal lagik. mohon branding nama balik
Quote cLiNiQue^HaPPy 23-3-2017 10:48 AM
wow ellfie??????
Quote virusnipah 23-3-2017 10:49 AM
Produk nama kampungan ni, org kampung je pakai.
Quote haryatie 23-3-2017 10:50 AM
nama produk pun x pernah dngar
Quote mieymiey 23-3-2017 10:51 AM

Produk Ah Soh ker?
Quote mieymiey 23-3-2017 10:53 AM
samasam90 replied at 23-3-2017 10:47 AM
khuenzzzz. dah la sendu, buat hal lagik. mohon branding nama balik

Guna racun nak bagi kesan cepat putih seawal 3 hari (ummah paling suka kesan yang dapat dirasai seawal sekali pemakaian) pun masih sendu
Quote mieymiey 23-3-2017 10:55 AM
haryatie replied at 23-3-2017 10:50 AM
nama produk pun x pernah dngar

Dah la sendu, beracun pula tu
Quote mirebus 23-3-2017 10:58 AM
alah mostly local produk mmg ada pun kan semua benda bahaya ni. tapi org still beli, guna. then bila dah terkena baru nak sedar seller pun kemain la up produk kata itu ini tipu. sdgkn benda betul
Quote esbatu 23-3-2017 10:59 AM
nak cantik cepat kan.. muka putih dari tangan pon xpe asal nmpk cerah
Quote mieymiey 23-3-2017 11:02 AM
mirebus replied at 23-3-2017 10:58 AM
alah mostly local produk mmg ada pun kan semua benda bahaya ni. tapi org still beli, guna. then bila ...

Local product, OEM semua tu sah-sah la diragui. Dah la claimed sekali penggunaan kulit dah putih (putih hokey, bukan cerah ).
Sah-sah mengandungi racun.
Quote mieymiey 23-3-2017 11:03 AM
esbatu replied at 23-3-2017 10:59 AM
nak cantik cepat kan.. muka putih dari tangan pon xpe asal nmpk cerah

Apasal la tak apply sekali cream tu kat tangan?
Quote rosasa 23-3-2017 11:04 AM
dnars pun ada
Quote mieymiey 23-3-2017 11:06 AM

Chuols guna dnars ker kak Sari?
Quote vanillaninja 23-3-2017 11:07 AM
Ni semua repack la ni kan.
Quote mieymiey 23-3-2017 11:08 AM

Confirm chuols
Quote vanillaninja 23-3-2017 11:10 AM

Tak pun yang pakat2 guna kilang kosmetik sendiri apa benda entah. Theyols sendiri tak guna product yang theyols buat
Quote indenial 23-3-2017 11:13 AM
Repack punya produk apa nak hairan
Quote esbatu 23-3-2017 11:14 AM
mieymiey replied at 23-3-2017 11:03 AM
Apasal la tak apply sekali cream tu kat tangan?

mahal katenyer

founder promote muka.. tangan sorok belakang baju

Lihat semua komen(188)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.196845 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top