|
Sepasang suami isteri warga emas berbangsa Cina maut disambar petir ketika beriadah di padang permainan di Bandar Puchong Jaya, petang kelmarin.
Memetik laporan Bernama, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Yee Boon Koo, 59 dan isterinya Ooi Lee Chen, 57, dilihat terbaring oleh orang awam di padang permainan Jalan Kenari 10 selepas dipanah petir. Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Lee Wai Leong, ketika anggota polis tiba di lokasi kejadian, kelihatan mangsa berdarah di bahagian kepala dan muka yang berkemungkinan akibat terjatuh atau terhantuk. "Pembantu perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang tiba lokasi pada jam 7 malam mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia." Pemeriksaan polis menemui kesan serpihan panahan petir pada batu laluan pejalan kaki di lokasi kejadian, tambah Superintendan Lee.
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan mayat kedua-dua mangsa dibawa ke PPUM untuk bedah siasat.- CARI |
|
14
![]() Bagus |
8
![]() Marah |
19
![]() Terkejut |
13
![]() Sedih |
15
![]() Lawak |
13
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

mati sama sama jugak akhirnya
myakayina replied at 13-3-2017 08:01 AM
kesiannya...RIP to both of them...aku mmg takut kilat petir ni..kalau dah dengar petir, kilat walaup ...

ulamalu replied at 13-3-2017 09:12 AM
Sori, soalan noob. Kenapa x ada kesan terbakar? .
ADVERTISEMENT