Dua mayat yang kelihatan seperti ibu dan anak perempuan dijumpai di pantai Teluk Bahang, Pulau Pinang sekitar jam 6 petang kelmarin. Dilaporkan kedua-duanya diikat bersama di bahagian perut dan setakat ini masih belum dipastikan sama ada akibat dibunuh pihak ketiga atau membunuh diri.
Kes tersebut kemudian disahkan oleh Ketua Polis Daerah Barat Daya Pulau Pinang, Superintendan Anuar Omar. Memetik laporan China Press, Superintendan Anuar memaklumkan, ketika ditemui, kedua mayat berpakaian kemas dan sempurna dan setakat ini masih tidak pasti sama ada terdapat kesan kecederaan di badan mereka, dan indentiti kedua mayat masih dalam siasatan. "Kedua mangsa berkulit putih, berkemungkinan besar berbangsa Cina, berjantina perempuan yang masing-masing terdiri daripada seorang dewasa dan kanak-kanak." Kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat.
Superintendan Anuar turut mengatakan, siasatan awal mendapati, ikatan tali pada kedua-mangsa tidak kelihatan seperti diikat oleh pihak ketiga. - CARI |
11
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
15
Sedih |
11
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Jajabeans replied at 2-3-2017 08:13 AM
Xde gmba yg lagi jauh ke
ADVERTISEMENT