Nampaknya peminat pasti kecewa dengan kenyataan Emma Watson yang kini tidak lagi mahu bergambar bersama peminat. Menerusi majalah Vanity Fair, aktres yang mula melonjak naik dengan watak Hermione Granger dalam francais filem Harry Potter mengakui dia tidak mahu berswafoto bersama peminat kerana mahukan privasi dan keselamatannya lebih terjamin.
"Orang ramai akan mengetahui keberadaan saya hanya dalam masa dua saat selepas gambar saya diambil dan dimuat naik di laman sosial. "Mereka akan tahu jenis pakaian yang saya kenakan dan dengan siapa saya berada," jelasnya. Pun begitu, bintang filem adaptasi Disney, Beauty and the Beast itu tidaklah begitu kejam sehingga langsung tidak mempedulikan peminatnya.
"Saya tidak kisah duduk berbual bersama peminat dan menjawab semua pertanyaan mereka mengenai filem Harry Potter, tetapi tanpa sebarang rakaman gambar mahupun video dibenarkan," katanya. Meskipun bertegas dengan peraturan barunya itu, Emma tidak akan menolak untuk bergambar bersama kanak-kanak untuk menggembirakan mereka. Memetik portal news.com.au, tindakan aktres jelita itu secara tak langsung membolehkannya 'menyorok' teman lelakinya, William ‘Mack’ Knight daripada menjadi perhatian ramai. Okeylah tu masih mahu bersembang dan menjawab persoalan daripada peminat walaupun tak dapat bergambar bersama. Ini ada segelintir artis yang terlajak sombong, langsung tak mahu layan peminat. - CARI
|
12
Bagus |
14
Marah |
15
Terkejut |
10
Sedih |
21
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mieymiey replied at 2-3-2017 11:14 AM
Kalau la sheols tau macamana retis meleis berebut-rebut nak expose anak memasing
ADVERTISEMENT