View: 2753|Reply: 9
|
Ala, Si Cantik Emma Watson Dah Tak Nak Bergambar Dengan Peminat
[Copy link]
|
|
Nampaknya peminat pasti kecewa dengan kenyataan Emma Watson yang kini tidak lagi mahu bergambar bersama peminat.
Menerusi majalah Vanity Fair, aktres yang mula melonjak naik dengan watak Hermione Granger dalam francais filem Harry Potter mengakui dia tidak mahu berswafoto bersama peminat kerana mahukan privasi dan keselamatannya lebih terjamin.
"Orang ramai akan mengetahui keberadaan saya hanya dalam masa dua saat selepas gambar saya diambil dan dimuat naik di laman sosial.
"Mereka akan tahu jenis pakaian yang saya kenakan dan dengan siapa saya berada," jelasnya.
Pun begitu, bintang filem adaptasi Disney, Beauty and the Beast itu tidaklah begitu kejam sehingga langsung tidak mempedulikan peminatnya.
"Saya tidak kisah duduk berbual bersama peminat dan menjawab semua pertanyaan mereka mengenai filem Harry Potter, tetapi tanpa sebarang rakaman gambar mahupun video dibenarkan," katanya.
Meskipun bertegas dengan peraturan barunya itu, Emma tidak akan menolak untuk bergambar bersama kanak-kanak untuk menggembirakan mereka.
Memetik portal news.com.au, tindakan aktres jelita itu secara tak langsung membolehkannya 'menyorok' teman lelakinya, William ‘Mack’ Knight daripada menjadi perhatian ramai.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201703/01/173757a8cvociv86uxmwzn.jpg) Foto: Vanity Fair
Okeylah tu masih mahu bersembang dan menjawab persoalan daripada peminat walaupun tak dapat bergambar bersama. Ini ada segelintir artis yang terlajak sombong, langsung tak mahu layan peminat. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ape ape pun emma tetap lawa ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bagus gak tindakan sheols.. bukan kekwat tapi nak jaga privacy.. apapun sheols semakin cantik![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya dia.. Muka dia ni kecik sesuai sgt dgn rambut pendek mcm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Okaylah respect her privacy.. since dulu pun she seems like a private person kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau la sheols tau macamana retis meleis berebut-rebut nak expose anak memasing ![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia tahu, pitam gamaknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Msti dia ad baca viral gmbr prmpuan mat saleh seiras beliau kat Watson Malaysia tu![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Apa pun xsbr nk tgk filem Beauty & The Beast kluar mggu nie ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat waktu dia zaman kecil-kecil dulu berlakon dalam Harry Potter. So, cuteeee. |
|
|
|
|
|
|
| |
|