CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bodoh Simpan Sikit Woi"- Netizen Berang Bapa Biar Anak Berdiri Atas Motor

1-3-2017 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11567| Komen: 53|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sudah banyak kes kemalangan jalan raya yang melibatkan anak-anak kecil dan kebanyakannya berpunca dari kelalaian ibu bapa itu sendiri.

Namun segelintir daripada mereka seolah-olah masih belum sedar lagi bahawa nyawa anak tidak mungkin ada galang gantinya.


Dua keping gambar yang menjadi tular di media sosial ini membuktikan seorang bapa yang tidak keterlaluan jika dikatakan boleh meragut nyawa anak kecilnya sendiri.

Foto: FB Koleksi Viral
Dapat dilihat dengan jelas, lelaki yang menunggang motosikal itu sedang membawa dua orang anak kecil, seorang di depan dan seorang di belakang.

Apa yang menjadi perhatian dan mengundang kecaman netizen adalah anak yang berada di belakangnya dibiarkan berdiri.


Cuba bayangkan risiko bahaya apa yang mungkin terjadi kepada keluarga ini?

Foto: FB Koleksi Viral
"Biar dia menangis sekarang. Jangan kita menangis tak berlagu kemudian. Tak patut macam ni. Kenapa ayah tak fikir baik2?"

Gambar tersebut menimbulkan kemarahan netizen dan antara komennya:

Mungkin bapa tersebut hanya mengikut permintaan anaknya untuk berbuat sedemikian hanya dengan niat untuk berseronok.

Namun harus diingat, selaku seorang bapa kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan keselamatan anak-anak.

Jangan terhantuk baru nak terngadah, dan pada masa itu jangan salahkan orang lain tapi diri sendiri. Bagaimana pendapat anda? -CARI
19

Bagus
21

Marah
18

Terkejut
17

Sedih
23

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote easelle 1-3-2017 10:36 AM
ermmm..mmg ini salah..
kalau tgk..si bapa pegangkan kaki anak..
and aku percaya bapak dia ni bawa slow je motor ni
sbb tu org smpt ambil gmbr dgn jelas
cuma x perlulah diviralkan..
cukupla sekadar kereta lain menegur...
Quote prettyuglybabe 1-3-2017 10:37 AM
rempit in a making..
Quote Super-M 1-3-2017 10:45 AM
ingat org dengar ke kalau kita tegur je. aku pernah tegur laki bini bagi kepala anak kecil keluar dari tingkap. anak dia duduk dgn mak dia.. boleh mak dia pegang mcm redha je anak nak julur kepala kat luar. treler lalu sebelah pun selamba je.

kalau jadi sesuatu salahkan sape? as usual takdir lah tentunya.. apa lah nasib anak2 mcmni lahir dr mak pak yg bodoh piang gitu. dah tegur pun buat bodoh je.
Quote haryatie 1-3-2017 10:48 AM
nnti kalau org terlanggar salah kan org
nak ngaku salah sendiri x akan ada nya..
habis2 kalau salah sendiri..da takdir nya begituuuu..redha jerk la
nnti kurang2 nya da ada ank yg tunggu kat syurga...
Quote tayam 1-3-2017 10:50 AM
sayangkan ank didirikan..
Quote harrypoter 1-3-2017 10:55 AM
budak PASTI ni..
Quote krustykrab 1-3-2017 10:58 AM
minggu lepas baru nmpk 1 family ni naik moto, iolls saspek laki bini -indon+bangla.
si bini duduk style minah indon tak pakai hemlet, anak kat dlm raga berdiri bagus punya...

die bukan bawak slow tau, laju jugak la atas hiway.....n
Quote faraway1 1-3-2017 11:05 AM
mungkin bapa ni sebenarnya dalam usaha
mengurangkan jumlah bilangan anak yang dia ada....
Quote vanillaninja 1-3-2017 11:45 AM
Angin kena direct muka budak tu, ingat budak tu tak boleh mengantuk ke? Even kalau ride slow pun, memang langsung takde possibility untuk sudden brake? Dengan takde helmet nya.

It's time to consider restricting human breeding.
Quote BebeQ 1-3-2017 12:03 PM
mungkin anak beliau kuat drama. budak2 dgn drama memang sukar dipisahkan cuma mak ayah la yang kena pandai control remote drama ni.

anak buah aku, jatuh sikit je tapi dia punya drama sanggup merangkak jalan itik dari hujung simpang sampai rumah.

si ayah tu masih sayang anak, tu sebab dia tahan guna tangan. aku yakin anak beliau tengah berdrama dan si ayah dah fed up nak melayan.
Quote mujer_in_espejo 1-3-2017 12:42 PM
BebeQ replied at 1-3-2017 12:03 PM
mungkin anak beliau kuat drama. budak2 dgn drama memang sukar dipisahkan cuma mak ayah la yang kena  ...

aku percaya ada yg cmni sis.. kdg2 anak2 ditegur xnak dgr.. malas si ayah mlayan.. jd di tahan guna tgn saja...
Quote BebeQ 1-3-2017 12:47 PM
mujer_in_espejo replied at 1-3-2017 12:42 PM
aku percaya ada yg cmni sis.. kdg2 anak2 ditegur xnak dgr.. malas si ayah mlayan.. jd di tahan gun ...

ye. budak2 memang ada yang pe'el gini. mak pak zaman sekarang pulak semua nak cepat, semua nak mudah kalau boleh. dari menambahkan pening stress si ayah, redah je la kerenah anak tu. aku percaya si ayah sentiasa mendoakan yang baik2 untuk anak beliau.
Quote EvieWanKenobi 1-3-2017 01:09 PM
dah kemalangan baru nak nangis
bengkak2 mata keluar kat tv..
Quote mey12 1-3-2017 01:25 PM
sesikit je nak viral. tegur jelah bebaik kalau dah nampak tu. ni siap up gambar lagi. ish ish.
Quote MissVixen 1-3-2017 02:04 PM
Aku takde kesabaran dengan budak2. Kalau anak aku degil, mau piappp je ni. Yang viral ni pun satu. Tegur je la dari p tangkap gambo. Konon ambil berat sangat. Tangkap gambar je buat apa.
Quote munahjolie 1-3-2017 02:18 PM
Bahayanya. Ni adalah langkah pertama sebelum aksi superman.
Quote azimodin 1-3-2017 02:26 PM
Betul juga, mungkin anak dia sejenis yang banyak cekadak & mengada-ada tapi as parent mana boleh tolerate bab keselamatan. aku faham kalau terpaksa bawak dua anak sekalai (ye la, mana tahu dia mmg xmampu nak pakai kereta) sebab masa aku kecik pon bapak aku angkut aku adik-bradik naik motor tapi kalau berdiri camni mmg super bahaya. Buatnya ngin kuat ke hapa, senang2 je jatuh budak tu.
Quote abil_tetra 1-3-2017 02:36 PM
pernah jumpa juga mcm ni, anak ppuan kat blkg...balik tadika juga
tinggal paha je atas seat..dah menyeget...dgn tudung beso dah senget ttup muka
aku kejar nak hon, dia dah laju, kita dah stop kat trafik..
bila lps aku laju skit nak hon lg tup2 dia bole masuk lorong lawan arus ..
mampu doa je utk budak tu
diaorg bawa moto tau nak melaju je...mcm x ingt dah anak kat blkg
Quote Artemesiaa 1-3-2017 02:52 PM
Betul2 mengundang bahaya. Parents zaman sekarang mana boleh ditegur nanti bila dah berlaku kemalangan baru nak menyesal

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.106728 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top