Hati ibu mana tak rasa pilu apabila anak dikasihi kelihatan lemah tak bermaya dan menangis ketika demam, inikan pula sengsara menanggung derita suatu penyakit dan nikmat kesihatan ditarik satu-persatu.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Natipah Abu berkongsi sebuah kisah menyayat hati mengenai seorang kanak-kanak, Muhammad Fariz Zharfan B. Roslan, 8, yang dahulunya sihat dan aktif, tiba-tiba menjadi buta. 16.11.2015 merupakan tarikh yang mengubah segala-galanya apabila dunia Fariz menjadi gelap sebelum bibirnya juga tidak mampu lagi berkata-kata. "Mak, kenapa mak tak buka lampu. "Mak, kenapa Allah ambil balik mata Abang Chik?"
Soalan itu sering bermain di bibir Fariz, sekali gus membuat hati seorang ibu hancur remuk mendengarnya. Doktor mengesahkan mata dan anggota tubuh Fariz tidak dapat menghantar isyarat ke otaknya kerana terdapat lemak terkumpul di dalam saraf otaknya. Perkongsian menyayat hati itu sememangnya meraih simpati netizen yang mendoakan keluarga kanak-kanak itu diberi kekuatan dalam mengharungi ujian hidup. "Allahu akbar, ya allah. Kau berikanlah kekuatan buat kedua ibu bapanya, ketabahan buat semua keluarganya ya allah. Semoga ada sinar buat mereka," tulis seorang netizen. Siapa tak sedih melihat orang lain mampu bermain dan berlari dengan gembira sedangkan diri kita tak mampu melihat, apatah lagi melakukan perkara yang mampu dilakukan orang lain. Keluarga Fariz memerlukan dana bagi menyediakan sebuah bilik khas untuknya yang sering menangis tatkala mendengar adik dan abangnya bermain. Bagi mereka yang ingin menyalurkan bantuan, boleh salurkan bantuan anda ke Roslan bin Adnan 152219080908 Maybank Nurbaizura binti Zakaria 152023536365 Maybank Atau pemegang amanah Natipah Abu 552107617521 Maybank Atau hubungi Puan Nurbaizura di talian 013-4029609. - CARI Loading FB Post... |
16
Bagus |
15
Marah |
7
Terkejut |
13
Sedih |
28
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
merrissa replied at 28-2-2017 04:14 PM
sedihnyaa...xpe la buta pon....boleh je jadik software engineer di microsoft
ADVERTISEMENT