CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Hanya RM1 Sahaja, Boleh Ganti Barang Elektrik Rosak & Tambah Waranti Di Senheng!

28-2-2017 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13934| Komen: 17|Original author: Kandungan Tajaan

Description: Jangan risau-risau lagi, kini segalanya lebih mudah dan juga lebih nilai jika anda membeli barangan elektrik di Senheng.

Bercampur baur rasa, geram dan juga sedih bila barangan elektrik penting di rumah rosak secara tiba-tiba.

Nak minta tukar ganti, waranti pula sudah tamat tempoh. Lagi pula, bukannya mudah ingin menghantar 'repair' barangan elektrik yang rosak, ditambah pula dengan kos tinggi pastinya.

Jangan risau-risau lagi, kini segalanya lebih mudah dan juga lebih nilai jika anda membeli barangan elektrik di Senheng.

Bukan sahaja barangan yang berharga mahal yang mendapat keistimewaan, malah jika perkakasan elektrik ringan pun akan mendapat 'sesuatu' di sini.


Ini dia, memperkenalkan promosi terbaharu Senheng yang dikenali sebagai W-Day. Untuk lebih mudah anda memahaminya, ia merupakan Hari Waranti ataupun Warranty Day yang berlangsung setiap 1 haribulan, pada setiap bulan.


Apa yang akan anda dapat? Sabar! Anda dapat menikmati dua jenis kelebihan ini hanya di Senheng! Tak percaya? Biar kami tunjukkan! 

1. Promosi 1 to 1 Replacement Program: Untuk promosi yang satu ini, ia adalah khas untuk perkakasan elektrik yang berharga RM500 ke bawah. Ini termasuklah barangan seperti pengisar makanan, kipas, ketuhar, periuk nasi, seterika dan sebagainya. Ada lebih 50 jenis barangan elektrik yang tersenarai berharga bawah RM500 ini.


Dengan hanya RM1, anda layak mendapat promosi ini dan bermaksud perkakasan atau barangan elektrik anda yang rosak dalam jangka masa 24 bulan, akan mendapat ganti barangan baharu. Wow!

Tak perlu lagi fikir nak repair di mana, nak tukar di mana, nak claim di mana dan sebagainya. Senheng akan segera menukarkan barangan anda itu dengan yang baharu. Hebat kan!

2. Promosi Extra 2 Years Warranty: Yang ini pula khusus untuk barangan elektrik, perkakasan rumah dan juga gajet yang berharga lebih RM500. 


Anda akan dapat TAMBAHAN 2 tahun waranti secara PERCUMA jika anda membeli barangan elektrik, perkakasan rumah dan juga gajet pada setiap 1 haribulan, pada setiap bulan! Jadi, anda tak perlulah lagi risau dengan tarikh waranti yang terlalu cepat 'expired' ya!

Pun begitu, kedua-dua promosi ini hanyalah ditawarkan kepada ahli kad PlusOne ya! Jangan risau, untuk menjadi ahli Senheng PlusOne ini, anda hanya perlu membayar RM12 sahaja! Jadi, bolehlah mendaftar menjadi ahli PlusOne dengan senang hati!


Bagi anda yang pernah mengalami masalah barangan elektrik rosak, pasti mengetahui bagaimana peritnya untuk mendapat ganti, kan? Dengan promosi W-Day di Senheng ini, semua masalah itu bukan lagi perkara yang perlu dirisaukan. Waranti terjamin, lebih lama dan pastinya lebih berbaloi di sini. Jom kita ke Senheng!  

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Web Senheng. - CARI 

20

Bagus
23

Marah
13

Terkejut
41

Sedih
24

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (140 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WhiskeyScotch 28-2-2017 04:33 PM
Thank you for the info!
Quote abby_nemo2 28-2-2017 09:58 PM
Seng Heng memang puas hati. ..walaupun mahal sikit harganya tp tak yah pening2 simpan resit pembelian. ..bg nama dan ic semua dh tertera...
Pernah few times brgan elektrikal rosak..bwk gi sana...kalau diorg boleh baiki akn dibaiki lh...kalau dh xde spare parts terus ganti yg baru ikut nilai brgan yg kita beli tu...
Kalau brgan besar pulak mcm peti ais ke...jika masih ada warranty diorg terus hntr technician check...
Mostly. ..semua brgan elektrikal yang abby  beli dari seng heng...memang puas hati!!...
Quote cik-jaja 1-3-2017 11:27 AM
Nampak menarik ni..nak jadi ahli dia la, kot2 nak beli kat sini kan..
Quote siskepoh 1-3-2017 03:44 PM
wah2. menarik nau tawarannya. ni tak sabar nk beli gaji baru masok hihi
Quote Gadis_sarawak 1-3-2017 05:04 PM
Aku anti seng heng dah sekarang ni..sebab ada history yang buat aku serik beli kat situ..maaf..
Quote GigaMom 4-4-2017 11:54 PM
Gadis_sarawak replied at 1-3-2017 05:04 PM
Aku anti seng heng dah sekarang ni..sebab ada history yang buat aku serik beli kat situ..maaf..

Cer share. Jgn simpan sorg2
Quote zofea12 15-5-2017 01:20 PM
kt seng heng ni suma jenama letrik ke ade? ada yg ckp intrest tggi la..baru ingt nak cri msin bsuh baru..
Quote Artemesiaa 15-5-2017 03:58 PM
Time business slow ni macam2 promosi le dia orang buat nak tarik pembeli
Quote jijee 16-5-2017 12:19 PM
zofea12 replied at 15-5-2017 01:20 PM
kt seng heng ni suma jenama letrik ke ade? ada yg ckp intrest tggi la..baru ingt nak cri msin bsuh b ...

u nk cri brand apa? seng heng ada bg offer utk ahli kad dia,wrranty tmbh 2 thun..okay kot..tp i sllu pi store trus je,tgok nk brand apa trus pi situ..lg terjamin..thun lps bli peti ais beko,first time bli brand ni,dpt 12thun wrranty.tak pyh rsau nk rosak ke ape dlm msa trdekat ni..
Quote iboyrex 16-5-2017 02:31 PM
jijee replied at 16-5-2017 12:19 PM
u nk cri brand apa? seng heng ada bg offer utk ahli kad dia,wrranty tmbh 2 thun..okay kot..tp i sl ...

wah! lamanye...12 tahun
klau senheng bagi tmbah 2 tahun lebih krg same tak dgn beko tu?
yg biasa brp tahun warranty?

Quote zayda 17-5-2017 05:26 PM
jenama lain xsmpai 12thun pon..10 pon xsmpai kot..mslhnye btol ke wrranty byk tu? mn tau cuma nk tarik cstmer je,bsnes kn pndai bab mrkting2 ni..baik hati2 la..nnt rugi lak duit..klu murah xpe.
Quote aishya 18-5-2017 10:00 AM
Edited by aishya at 18-5-2017 10:01 AM
jijee replied at 16-5-2017 12:19 PM
u nk cri brand apa? seng heng ada bg offer utk ahli kad dia,wrranty tmbh 2 thun..okay kot..tp i sl ...

brand apa ni pulak , sblm ni tak pernah dengar brand ni pon ...nnti dah rosak tu ssh nak cari kedai utk repair ....better beli brand yg pernah dengar ....
Quote feapera 19-5-2017 11:25 AM
aishya replied at 18-5-2017 10:00 AM
brand apa ni pulak , sblm ni tak pernah dengar brand ni pon ...nnti dah rosak tu ssh nak cari keda ...

kt seng heng ni mmg byk pon jnama letrik..nak pilih jnama mhal ke murah ke suma pon ada..
Quote feapera 19-5-2017 11:32 AM
jijee replied at 16-5-2017 12:19 PM
u nk cri brand apa? seng heng ada bg offer utk ahli kad dia,wrranty tmbh 2 thun..okay kot..tp i sl ...

beko tu nk cri kt mn?pestime dgr ...mcm jnma dri jepun je..
Quote Adam007 19-5-2017 01:07 PM
Edited by Adam007 at 23-5-2017 05:07 PM
feapera replied at 19-5-2017 11:32 AM
beko tu nk cri kt mn?pestime dgr ...mcm jnma dri jepun je..

bukan.. beko tu mcm jenama turkey tapi alatan buat kt Europe jadi ramai orang yg beli tu
korang ade sponsor Barcelona tu skrg byk yg kena jenama ni dh  sebelum ni kat malaysia ade jenama ni tapi ramai x kena je
tahun lepas I dh beli satu Beko peti sejuk kt senheng hrga okay tp kna tgok features ape.



Quote zofea12 19-5-2017 02:45 PM
bru tau jgk nma beko ni.brg luar ni  sllu than lsak jgk.kalau hrga suma okay bole jgk la p tgok2 trus..
Quote jijee 22-5-2017 10:53 AM
zayda replied at 17-5-2017 05:26 PM
jenama lain xsmpai 12thun pon..10 pon xsmpai kot..mslhnye btol ke wrranty byk tu? mn tau cuma nk tar ...

mmg btl pon 12thun wrrty.sy dah bli la..mgkin sbb brg mrka ssah rosak dan kualiti tu than lma,tu bole bg offer smpai mcm tu.ada yg yg tknologi diorg kn bgus2,mmg maju...klu tak msti dah rmai komplen kn klu xbtl..lgpun beko ni mmg dh lma org guna kt luar ngara...kita je bru msok cni..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.223768 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top