Biasa kita tengok cermin mata yang boleh berubah menjadi gelap secara beransur-ansur apabila terdedah kepada sinar ultraviolet, kan? Bayangkan kalau rambut anda juga boleh berubah warna mengikut cuaca persekitaran, hebat tak?
Memetik portal Metro.uk, pengasas syarikat The Unseen, Lauren Bowker mencipta sejenis pewarna rambut yang boleh mengubah warna rambut mengikut suasana persekitaran. Pewarna itu dinamakan 'FIRE' dan ia akan mengubah warna rambut dari merah terang kepada warna hitam bergantung pada suhu sekeliling. Jadi, sekiranya suhu di pejabat anda betul-betul dingin, rambut anda akan menjadi hitam. Keluar sahaja dari pejabat, rambut anda akan berubah menjadi warna kemerahan. Ini bermakna anda boleh pergi PARTI!
Pewarna rambut itu boleh didapati dalam pelbagai warna dari merah terang, hinggalah ke warna lebih lembut. Dakwat 'thermochromic' yang terkandung dalam pewarna berkenaan menyebabkan warna rambut boleh berubah mengikut keadaan cuaca. Namun, pewarna itu hanya bersifat sementara sahaja dan ia akan hilang selepas beberapa kali cucian. Video: Youtube BTCTV Mungkin kurang berbaloi mewarnakan rambut anda dengan jenama ini kerana ia hanya tahan sehingga beberapa kali cucian sahaja. Tapi, tak salah jika anda mahu mencubanya cuma kena tunggu ia masuk ke pasaran di Malaysia lah. - CARI
|
13
Bagus |
19
Marah |
19
Terkejut |
20
Sedih |
9
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT