CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ibu Hamil Yang Hampir 'Due' Tapi Masih Nak Travel, Baca Tip Ini

24-2-2017 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3831| Komen: 10|Original author: Oleh: Maly Rosli

Khas buat para ibu hamil yang tak betah duduk diam terkulat-kulat tengok orang lain seronok berjalan ke hulu ke hilir, anda pun boleh melakukan perkara sama dengan mematuhi empat tip ini!


Seorang pengguna Facebook bermurah hati berkongsikan beberapa tip buat para ibu yang gian berjalan terutama ketika bercuti di Hari Raya mahupun melancong ke mana sahaja.



1. Sentiasa bawa buku merah anda kemana sahaja anda pergi supaya mudah jika berlaku kecemasan, anda boleh pamerkan sahaja buku ini di mana-mana klinik. Ini kerana, semua maklumat mengenai kesihatan anda sudah dicatat dalam buku ini, sekali gus memudahkan rujukan doktor.


Foto: FB Norsahida Mohamad Said

2. Sekiranya 'due date' anda sudah hampir, sediakanlah peralatan ibu dan bayi di dalam kereta supaya mudah  untuk dibawa ke hospital. Ya lah, mana tahu kan tengah seronok berjalan tiba-tiba anak pula dah tak sabar nak tengok dunia.


Foto: The Pulse - Pregistry

3. Memang seronok sekali-sekala dapat berjalan ni, lebih-lebih lagi tempat yang jarang dikunjungi tapi berpada-padalah. Walaupun bagus banyak bergerak pada hujung-hujung usia kandungan, tubuh akan mudah berasa penat. 


Foto: Carian Internet

Bukan sahaja boleh meningkatkan tekanan darah, malah boleh kejang bahagian 3P (perut, pinggang, punggung) dibuatnya apabila terlalu lama duduk di dalam kereta. 

4. Perkara terakhir ini tak kurang juga pentingnya. Sentiasa kira pergerakan bayi seawal jam 9 pagi dan sebelum jam 4 petang. Pastikan cukup 10 kiraan bayi anda bergerak. Sekiranya kurang, rujuklah di klinik dengan kadar segera!


Foto: Anakku Permataku


Ada para ibu di sini mahu tambah dan berkongsi tip lain sebagai persediaan kepada pelbagai kemungkinan? - CARI
17

Bagus
11

Marah
19

Terkejut
24

Sedih
22

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilas85 24-2-2017 05:06 PM
gud info....
Quote Rainrein 24-2-2017 05:08 PM
Tips tips ni hanya boleh digunapakai untuk ibu mengandung yang xde problem je. Kalu high risk pregnancy tu jangan berani dicoba coba. Dok diam diam kat rumah je kalau dah dekat due. For ur own safety jugak. Lepas dah selamat bersalin and pantang, kalu nak ke bulan ke bintang pun pegila. Nobody akan tegah.
Quote siskepoh 24-2-2017 06:07 PM
iya benarrr. baguis banget tips ini ya
Quote binisupir 24-2-2017 07:02 PM
Good info. Akak ada anak 5 pun masih aktif berjalan.. dulu 7 bulan ngendong baby dalam perut pergi perth.. nasib tak terberanak dalam flight.
Quote RatuDunia94 24-2-2017 10:54 PM
Dh tau sarat nk beranak tu duk umah je la.. Mak iols cukup pantang kalo tau anak menantu yg degil dh tau nk beranak sibuk nak jalan sana sini..
Sorang2 kena bebel..
Quote seramado 25-2-2017 12:00 PM
Gud info tt
Quote Lolalala 26-2-2017 02:26 PM
jalan je la dekat2. kang terberanak jauh2 dah menyusahkan orang lain
Quote IxoraP 28-2-2017 11:37 AM
kalau jln dkt2 boleh la.. kalau jauh baik x yah
Quote dreamy_forest 4-9-2017 12:08 PM
Kene check medical center or mid wife di area yg nak dilawati jugak
Quote mommymonster82 4-9-2017 12:51 PM
Pada me kalu xde keperluan tak payahla gi jalan2.melainkan terpaksa.
Bukan setakt menyusahkn diri takut nanti susahkn org sekeliling..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.091029 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top