CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2644|Reply: 10

Ibu Hamil Yang Hampir 'Due' Tapi Masih Nak Travel, Baca Tip Ini

[Copy link]
Post time 24-2-2017 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Khas buat para ibu hamil yang tak betah duduk diam terkulat-kulat tengok orang lain seronok berjalan ke hulu ke hilir, anda pun boleh melakukan perkara sama dengan mematuhi empat tip ini!


Seorang pengguna Facebook bermurah hati berkongsikan beberapa tip buat para ibu yang gian berjalan terutama ketika bercuti di Hari Raya mahupun melancong ke mana sahaja.








1. Sentiasa bawa buku merah anda kemana sahaja anda pergi supaya mudah jika berlaku kecemasan, anda boleh pamerkan sahaja buku ini di mana-mana klinik. Ini kerana, semua maklumat mengenai kesihatan anda sudah dicatat dalam buku ini, sekali gus memudahkan rujukan doktor.




Foto: FB Norsahida Mohamad Said




2. Sekiranya 'due date' anda sudah hampir, sediakanlah peralatan ibu dan bayi di dalam kereta supaya mudah  untuk dibawa ke hospital. Ya lah, mana tahu kan tengah seronok berjalan tiba-tiba anak pula dah tak sabar nak tengok dunia.




Foto: The Pulse - Pregistry




3. Memang seronok sekali-sekala dapat berjalan ni, lebih-lebih lagi tempat yang jarang dikunjungi tapi berpada-padalah. Walaupun bagus banyak bergerak pada hujung-hujung usia kandungan, tubuh akan mudah berasa penat.




Foto: Carian Internet




Bukan sahaja boleh meningkatkan tekanan darah, malah boleh kejang bahagian 3P (perut, pinggang, punggung) dibuatnya apabila terlalu lama duduk di dalam kereta.


4. Perkara terakhir ini tak kurang juga pentingnya. Sentiasa kira pergerakan bayi seawal jam 9 pagi dan sebelum jam 4 petang. Pastikan cukup 10 kiraan bayi anda bergerak. Sekiranya kurang, rujuklah di klinik dengan kadar segera!




Foto: Anakku Permataku






Ada para ibu di sini mahu tambah dan berkongsi tip lain sebagai persediaan kepada pelbagai kemungkinan? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2017 05:06 PM | Show all posts
gud info....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tips tips ni hanya boleh digunapakai untuk ibu mengandung yang xde problem je. Kalu high risk pregnancy tu jangan berani dicoba coba. Dok diam diam kat rumah je kalau dah dekat due. For ur own safety jugak. Lepas dah selamat bersalin and pantang, kalu nak ke bulan ke bintang pun pegila. Nobody akan tegah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 06:07 PM | Show all posts
iya benarrr. baguis banget tips ini ya
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 07:02 PM | Show all posts
Good info. Akak ada anak 5 pun masih aktif berjalan.. dulu 7 bulan ngendong baby dalam perut pergi perth.. nasib tak terberanak dalam flight.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh tau sarat nk beranak tu duk umah je la.. Mak iols cukup pantang kalo tau anak menantu yg degil dh tau nk beranak sibuk nak jalan sana sini..
Sorang2 kena bebel..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2017 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Gud info tt
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
jalan je la dekat2. kang terberanak jauh2 dah menyusahkan orang lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2017 11:37 AM | Show all posts
kalau jln dkt2 boleh la.. kalau jauh baik x yah
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2017 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kene check medical center or mid wife di area yg nak dilawati jugak
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2017 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada me kalu xde keperluan tak payahla gi jalan2.melainkan terpaksa.
Bukan setakt menyusahkn diri takut nanti susahkn org sekeliling..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.051421 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list