Sebuah pesawat ringan yang membawa lima orang terhempas di sebuah pusat membeli-belah dekat Melbourne dan semua mangsa disahkan maut ketika kejadian.
Memetik laporan CNN, nahas tersebut berlaku pada 21hb Februari waktu tempatan, kira-kira jam 9 pagi berhampiran lapangan terbang Essendon dan terhempas di pusat membeli belah Direct Factory Outlet, DFO. Berdasarkan paparan rakaman stesen televisyen secara langsung jelas kelihatan pesawat berkenaan terbakar dan kerosakan teruk di pusat membeli-belah dan bangunan bersebelahannya, kelihatan kepulan asap tebal di udara. Menurut pihak polis, pesawat sewa itu dari Essendon, utara Melbourne ke Pulau King, yang mengambil masa 55 minit penerbangan ke arah selatan. "Ia kelihatan seperti satu kemalangan yang tragis." Difahamkan, sejurus berlepas, pesawat itu tiba-tiba menukar hala tuju dan terus merempuh pusat membeli belah DFO yang terletak berhampiran lapangan terbang Essendon.
Mujurnya, ketika kejadian, pusat membeli belah tersebut masih belum berniaga. - CARI |
20
Bagus |
22
Marah |
27
Terkejut |
19
Sedih |
21
Lawak |
33
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
alesandra replied at 21-2-2017 02:26 PM
rumah aku ni atas kepala mmg tempat kapal terbang lalu lalang..komersial,tudm..helikopter segala tu ...
ADVERTISEMENT