Hasil siasatan mendapati berlaku percanggahan dalam laporan polis yang dibuat oleh bapa seorang pelajar pada 8 Februari lepas berbanding pengakuan yang dibuat pelajar itu sendiri pada mesyuarat pemuafakatan PIBG Sekolah Menengah Dato' Syed Omar, Alor Setar.
Berdasarkan laporan polis oleh bapa pelajar, Naharudin Aizan, 38 yang mendakwa anaknya dicekik dan ditumbuk di belakang kepala, muka, bahu serta disepak di kaki oleh guru disiplin. Memetik laporan Bernama, Yang DiPertuanya, Mohd Najib Zainal berkata, pelajar terbabit dalam mesyuarat itu mengakui kepalanya diketuk menggunakan sendi jari tangan tanpa mendatangkan kecederaan di samping leher bajunya ditarik oleh guru terbabit. Guru disiplin itu turut mengakui berbuat demikian setelah mendapati pelajar terbabit, Nahar Danial Aiman Naharudin, 16, bertindak kasar terhadapnya apabila disoal mengenai kelewatannya datang ke sekolah di samping tidak berpakaian kemas ketika masuk ke kawasan sekolah.
Malangnya bapa pelajar terbabit masih tidak berpuas hati dan akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap pihak sekolah. - CARI |
22
Bagus |
29
Marah |
26
Terkejut |
29
Sedih |
30
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cupu replied at 20-2-2017 12:56 PM
menyampah plk tgk muka apaknya.
ADVERTISEMENT