Tiada belas kasihan sehingga diperlakukan seperti binatang, demikian nasib seorang wanita Rohingya apabila dirogol tentera Myanmar ketika dirinya sarat mengandung lapan bulan.
Memetik laporan Malaysian Digest, Senu Ara yang hanya berusia 19 tahun menceritakan detik ngeri itu. Katanya, kejadian berlaku ketika dia tinggal bersama dengan seorang anak lelakinya yang berusia dua tahun. Menerusi seorang jurubahasa, Senu Ara berkata, suaminya meninggal dunia akibat ditembak tentera Myanmar yang kejam. Kemudian seorang tentera Myanmar telah datang ke rumahnya dengan membuat kecoh, tambahnya. “Tentera itu menutup mukanya dan dia telah merogol saya ketika sarat mengandung lapan bulan, tanpa belas ihsan langsung. Saya diseksa dengan begitu teruk." “Saya tidak ada sesiapa kerana suami telah dibunuh, saya ingatkan saya dapat lari daripada tentera meninggalkan kampung, tetapi di mana-mana sahaja mereka tetap ada menzalimi kami.”
Bagaimanapun selepas kejadian, Senu Ara memilih untuk melarikan diri dari kampung di Arakan, Myanmar kerana tidak sanggup untuk menjadi mangsa rogol mana-mana tentera lagi.- CARI |
5
Bagus |
11
Marah |
5
Terkejut |
8
Sedih |
4
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Daisyna replied at 17-2-2017 09:42 AM
kejamnya manusia,semoga ditimpa musibah
gigahertz replied at 17-2-2017 08:11 PM
Dulu masa tanah melayu under siam macam tu la.kena rogol hidup2
pichee replied at 17-2-2017 09:57 PM
Dorg kawin seawal umur brape?
Umur 19 dh ada anak umur 2 thn..so minimum kawin umur 17?
ADVERTISEMENT