Bagaikan sakit mental dan mengalami tekanan perasaan, seorang juruterbang untuk penerbangan dari Austin ke San Francisco dikatakan membuat ucapan bukan-bukan menerusi interkom pesawat.
Ini menyebabkan dia terpaksa ditukarkan dengan juruterbang lain bagi mengelakkan masalah lain pula timbul termasuk keselamatan pengguna. Syarikat penerbangan United Airlines turut meminta maaf dengan kelakuan juruterbang tersebut, petik laporan KXAN. Dilaporkan sebelum itu, juruterbang yang dirahsiakan identitinya itu masuk ke pesawat dan mula menjerit-jerit melalui interkom. Para penumpang berasa ketakutan dan risau lalu berkongsi hal itu menerusi laman sosial. Mereka juga mendakwa bertindak keluar dari pesawat itu kerana bimbangkan keselamatan. Pun begitu, insiden tersebut berakhir bila juruterbang gantian di bawa masuk dan penerbangan itu berlepas selepas dua jam kemudian. - CARI
|
18
Bagus |
13
Marah |
9
Terkejut |
9
Sedih |
19
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
noell replied at 13-2-2017 11:06 AM
bini mintak cerai la tuh
terpaku replied at 13-2-2017 11:33 AM
mesti pilot ni baru lepas baca buku patah kayu..terus mental
kucen_miang replied at 13-2-2017 03:32 PM
patah ada 99 kata2 dlam buku tu. kata2 nomor keberapa yg kuat sgt pengaruhnya tu?
kelana36 replied at 13-2-2017 03:27 PM
budaya kokesen ni memang macam tu.. bila gaduh laki bini jer thats it, the end of the world. :lo ...
terpaku replied at 13-2-2017 03:33 PM
baca yang no 1 terus mental
ADVERTISEMENT